“Beli masa murah, jual masa mahal”

Ini prinsip mudah dalam mana-mana pelaburan.

Jika yang menghadiri Seminar Bijak Merancang Wang ‪#‎SeminarBMW‬, memang ada modul khas simulasi pelaburan tentang perkara ini.

Prinsip ini terpakai dalam SEMUA pelaburan tidak kira hartanah, emas, saham, unit amanah, mahupun skim sontot.

Dalam pelaburan unit amanah, biasa ejen mempromosi kaedah “dollar cost averaging” atau DCA.

Dalam DCA pun prinsip di atas turut terpakai. Kaedah ini hanya akan untung apabila banyak unit kita beli pada waktu murah, dan jualnya kembali pada waktu harga tinggi.

1 2 3 4

Berikut disertakan beberapa dana pilihan saya dari pelbagai syarikat;

1. PMB Shariah Agressive Fund, dana yang pernah mencatat pulangan melebihi 30% pada tahun 2015.

Baca pandangan saya di http://afyan.com/pelaburan-alternatif-pmb-investment.html

2. AmPrecious Metal, dana yang sedang mencatatkan kenaikan harga 66% dalam masa setahun.

Baca tulisan di http://afyan.com/alternatif-pelaburan-emas.html

3. Eastpring Dana Al Ilham, satu-satunya dana unit trust patuh syariah di Malaysia yang mencatatkan pulangan melebihi 7% dalam masa 7 tahun berturut-turut.

Baca http://afyan.com/alternatif-asb.html

4. XYZ Property Fund, dana dari sektor hartanah Australia yang baru sahaja diluluskan patuh syariah untuk pasaran Malaysia yang baru berusia 3 tahun tapi pulangan 16% purata setahun sepanjang 3 tahun.

Baca juga di http://afyan.com/alternatif-pelaburan-hartanah.html

Kesemua dana ini dari 4 syarikat pelaburan berbeza.

Berdasarkan carta dari Bloomberg, dua dana menunjukkan warna merah bermakna harga sedang turun yakni rugi dan dua dana sedang mencanak naik atau untung.

Baik, saya tanya rakan-rakan semua; jika ada peluang melabur, dana mana yang akan Tuan-Puan pilih?

Antara tindakan yang boleh diambil;

1. Beli dana yang sedang jatuh, sebab tengah harga “murah”

2. Beli dana yang sedang naik, dengan harapan ia terus naik.

3. Beli semua. Siapa tahu ekonomi makin baik dan semua naik?

4. Tak perlu beli langsung. Hoho!

Dalam situasi biasa KEBANYAKAN pelabur lebih selesa membeli dana yang sedang naik berbanding dan yang sedang turun.

Jadi, melabur dengan ilmu adalah jalan terbaik. Kaji setiap dana dan lihat track-record yang ada. Apapun, prestasi masa lampau tidak menjamin pulangan masa hadapan.

Menariknya, walaupun semua dana ini ialah dana unit trust, bukan semua ejen unit trust yang anda boleh berurusan untuk melabur dalam semua dana ini.

Cara biasa, anda perlu berurusan dengan 4 ejen berbeza dari setiap syarikat.

Tapi dengan menggunakan platform Single License Investment (SLI), pelabur hanya perlu berurusan dengan seorang ejen SLI dan menggunakan SATU platform sahaja untuk akses bukan setakat 4 dana di atas, malah kira-kira 200 dana patuh syariah yang ada di Malaysia.

Dana ke-4 di atas sengaja saya tidak dedahkan supaya ia ekslusif untuk prospek pelanggan kami 🙂

Kami di INFAQ Consultancy boleh membantu para pelabur untuk melabur melalui platform SLI ini.

Juga kami alu-alukan rakan-rakan dalam bidang perkhidmatan kewangan seperti unit trust, takaful, insurans, wasiat, perbankan untuk menyertai kami mempromosi platform SLI ini

Boleh PM ke m.me/afyan.ifp

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?