fbpx

Unit Trust Mana Yang Bagus?

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 232Words
  • 406Views

Dipetik dari FB Arif Che Soh

Ramai tersilap bila mana bertanyakan unit trust mana yang bagus.

Antara soalan yang biasa ditanya Syarikat ABC Mutual ok ke tak ok? Melabur dekat Syarikat XYZ Investment ni untung ke tak?

Ini pertanyaan yang tak betul atau mungkin si penanya keliru antara syarikat unit trust dengan dana unit trust. Yang perlu ditanya ataupun dikaji adalah dana unit trust. Di bawah sesebuah syarikat unit trust, ada banyak dana-dana unit trust yang mana setiap dana mempunyai objektif pelaburan yang berbeza.

Sebenarnya senang sahaja nak bezakan antara nama syarikat dengan nama dana unit trust

Contoh:

ARIP MUTUAL BERHAD – ini nama syarikat unit trust
ARIP SHARIAH GROWTH FUND– ini nama dana

Nama di atas hanya rekaan semata-mata. Belum ada lagi nama syarikat unit trust atau nama dana sedemikian setakat ini yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.haha!

Contoh yang betul:

Eastpring Investment Berhad – ini nama syarikat unit trust
Eastpring Dana Al-Ilham – ini nama dalam dalam kategori ekuiti yang mana hampir 99% nilai dana dilaburkan dalam bentuk ekuiti seperti saham.

Lagi contoh,

Pheim Unit Trust Berhad : Nama syarikat
Dana Makmur Pheim: Nama dana dalam kategori dana aset bercampur (mixed asset) yang mana hampir 60% dilaburkan dalam bentuk ekuiti seperti saham dan bakinya dalam bentuk Islamic Liquid Asset atau Sukuk.

Nampak tak beza tu..

Nak tahu dana mana yang berbaloi untuk untuk dijadikan porfolio pelaburan anda? jom mengopi

 

Suber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended