fbpx

Berhati-hati Dengan Bapak Scammer

Jangan mudah percaya pada tawaran yang “too good to be true”

Scammer takkan mengaku dirinya scammer.

Scammer akan datang dengan pelbagai bentuk, wajah, nama dan pakaian.

Ia akan datang dengan membawa nama tokoh ternama dan VVIP. Ia juga boleh datang dengan title patuh syariah.

Mereka lakukan semua ini, tidak lain tidak bukan hanya semata untuk mendapatkan kepercayaan umum.

Dan apabila mereka sudah mendapatkannya, mangsa akan merana bertahun-tahun.

Geneva Gold antara contoh scam yang terancang, menggunakan nama tokoh VVVIP dan title “patuh syariah”. Tapi semuanya wayang untuk mengaburi mata awam supaya terpengaruh.

Ia bermula dari tahun 2010, sehingga tahun 2018 ini baru kes ini selesai kes di mahkamah.

Mangsa-mangsa yang terpedaya pada tahun 2010, akan merana bertahun-tahun sebelum dapat kembali wang pelaburan mereka. Itu pun kalau dapat.

Saya berpengalaman melawan scammer hingga masuk mahkamah.

Scammer pernah hantar bouncer datang ke pejabat untuk mengugut supaya saya berhenti bongkar kegiatan mereka.

Setakat ini, ketepatan saya mengesan scam 100%. Program scam yang saya namakan secara terbuka, akhir sekali memang terbukti sebagai scam walaupun ketika saya bongkar, ribuan haters datang mempertahankan.

Ingat lagi kes Tok Belagak? Ingat lagi Alfafa? Ingat lagi Kopi Pak Belalang? Ada lagi yang tak sempat saya namakan.

Puluhan juta malah billion kerugian yang ditanggung. Walaupun tersontot, bapa penyangak dan scammer tersenyum sebab memperolehi laba yang besar bersama anak beranak dan kroni-kroni scammer.

Yang menanggung kerugian ialah rakyat jelata yang menjadi mangsa.

Ketika saya bongkar dan sebut nama mereka, ratusan penyokong mereka datang mempertahankan dan menjadi haters saya.

Selepas terbongkar, haters itu terus hilang. Ada la seorang dua yang minta maaf. Boleh dibilang dengan jari.

Kita boleh maafkan, tapi tidak kita lupakan. Forgive but never forget. Ia bukan luka kecil.

Darah telah lama kering, tapi parutnya masih terkesan.

Kita boleh maafkan tapi bukan dengan cara kita ikut dia. Dia yang kena ikut kita.

Semua pengalaman ini saya kongsikan dalam buku Tersontot Di Pintu Shorga.

Tempahan buku tersebut boleh dibuat di http://infaq.my/tersontotdipintushorga/

Jadi, berhati-hati jika ada scammer yang pernah melakukan scam lebih daripada 20 tahun dan kini datang balik kununnya untuk menghapuskan scammer.

Kalau betul insaf, bayar balik segala kerugian yang ditanggung mangsa scam selama 20 tahun lebih dengan kekayaan sang scammer dan kroni-kroninya yang mereka kaut selama ini.

Jauhi scammer No 1 dan bekas scammer no 1 Malaysia!

Afyan Mat Rawi, IFP
Penulis buku, Tersontot Di Pintu Shorga

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com