fbpx

Category: Memori Haji 1438

Hari Pertama Keberangkatan Dari Malaysia ke Arab Saudi

“Ayah, janganlah pergi”, rengek Zulaikha teresak-esak. “Aika, biarlah ayah pergi. Bukannya lama”, Balqis memujuk adiknya Zulaikha, yang terkenal dengan sifat manja, anak nombor 2. Air mata bergenang. Saya hanya tersenyum kelat sambil mendakap kemas sambil memujuk mereka, termasuk Danial dan Sarah yang teresak-esak. Eusoff hanya memerhatikan, masih tidak faham apa yang berlaku. Video-video ini dirakam

Infografik-Tips Menunaikan Haji Lebih Awal

Infografik daripada posting saya yang viral tahun lepas pengalaman Tips Menunaikan Haji Lebih Awal. Ini antara tulisan yang saya tulis dengan penuh perasaan menggamit memori-memori haji. Juga antara tulisan asal dari FB yang viral dan diceduk ke beberapa blog popular sebelum saya masukkan ke blog personal. InsyaAllah saya usahakan utk menulis lagi catatan-catatan memori haji

Template Surat Rayuan Haji

Seronok baca status kawan-kawan yang menerima panggilan haji. Semalam dapat call daripada seorang kawan, katanya sudah 4 tahun berturut-turut hantar surat rayuan, tapi tahun ini baru dapat. Selepas gunakan templete yang saya berikan. Sebak pula rasa. Sebenarnya surat ini bukan saya yang buat. Saya pun dapat daripada group wassap kalau tak silap. Moga pahala rakan-rakan

Tanah Suci Tempat Berbilang Bangsa

Wajah-wajah umat Islam jemaah haji dari negara luar yg sempat saya bergambar semasa di sana. Selalunya, saya akan menyapa; “Assalamualaikum, you can speak English?” Kebanyakan jemaah dari India, Bangladesh atau Pakistan, mereka boleh berkomunikasi bahasa Inggeris dengan baik. Tapi jika jika dari negara seperti Turki, Afrika, Nigeria, China dan sekitarnya, jarang-jarang sahaja yg boleh berbahasa

Pengalaman Tak Dapat Dilupakan Di Tanah Suci: Membawa Pulang Susu Ibu Untuk Anak Dari Mekah Ke Malaysia

Membawa pulang susu ibu dari Tanah Suci untuk si kecil di Malaysia merupakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang mengerjakan haji tempoh hari. Sejak sebelum tiba ke Tanah Suci, isteri sudah google dan studi pengalaman jemaah-jemaah haji lepas yang mengalami perkara sama. Dengan 1001 cabaran, akhirnya berjaya juga membawa pulang stok susu ibu untuk

Tips Menunaikan Haji Lebih Awal

Ketika saya menulis coretan-coretan pengalaman saya menunaikan haji dalam posting-posting sebelum ini, beberapa orang rakan bertanyakan tips bagaimana saya boleh menunaikan haji lebih awal di usia muda. Sejujurnya, saya sendiri tidak menyangka menerima panggilan-Nya seawal ini, dalam keadaan kurang bersedia. Saya menerima tawaran haji beberapa hari sebelum 1 Syawal yang lepas untuk diberi jawapan dalam

Hari Keberangkatan-Ujian Sebelum ke Tanah Suci

Sedari awal menerima surat panggilan-Nya, Allah sudah uji kami untuk membuat pilihan yang setiap satunya bukan mudah untuk ditempuhi. Membuat pilihan sama ada untuk saya pergi sendiri dan meninggalkan isteri bersama anak-anak, atau pergi bersama-sama isteri yang baru habis pantang dan tinggalkan anak-anak. Pilihan pertama, supaya terjaga kebajikan si kecil yang masih menyusu badan. Pilihan

Panggilan Agung

Beberapa hari menjelang 1 Syawal 1438. Rabu, 21 Jun 2017. Dalam perjalanan dari selatan tanah air menuju ke Kuala Lumpur membawa isteri masih dalam pantang bersama bayi yang usianya hampir 40 hari. Malamnya akan bertolak balik ke pantai timur utk menyambut raya aidil fitri di kampung halaman. 5 minit sebelum jam 4 petang, saya menerima
WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com