Ada seorang rakan, katanya cita-citanya utk dapat “financial freedom”.

“Aku nak “financial freedom” tak lama lagi”, katanya.

“Wah, bagus. Bagaimana?”, tanya saya.

“Hutang aku akan habis setahun lagi. Jadi lepas itu aku “financial freedom”!” Katanya dgn penuh semangat.

“Itu bukan “financial freedom”. Itu “debt free”. Bebas hutang”

“Oooo…. Apa bezanya?”

Lalu saya pun bersyarah.

“Financial freedom” bermaksud bebas kewangan.

“Debt free” bermaksud bebas hutang.

“Financial freedom” bermaksud kita mempunyai pendapatan melebihi perbelanjaan.

Manakala “debt free” pula ialah apabila kita sudah tiada hutang lagi. Namun tidak semestinya kita sudah “financial freedom”.

Manakala orang yg “financial freedom” pula tidak semestinya “debt free”. Mungkin dia ada byk hutang, tapi hutangnya adalah hutang yg menghasilkan pendapatan utk membiayai aset-aset yg dibina melalui hutang.

Orang yg “financial freedom” tidak semestinya “debt free”. Begitu juga sebaliknya.

Dan tidak mustahil juga ada orang yg dpt kedua-dua “financial freedom” dan “debt free”.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?