fbpx

Islamic Financial Planner / IFP

 

ifp

Ada orang yang bertanya saya, daripada saya mendapat “gelaran” IFP / Islamic Financial Planner, yang saya gunakan.

Untuk makluman, IFP bukanlah gelaran ataupun pengiktirafan sebagaimana gelaran Dato’ atau Tan Sri 🙂

Ia adalah satu disiplin ilmu dalam bidang perancangan kewangan yang ditawarkan oleh Bank Negara Malaysia melalui IBFIM (Institute Banking and Islamic Finance Malaysia) dan FPAM (Federation

IFP mempunyai 6 modul yang perlu dilalui oelh seseorang calon sebelum layak mendapat pentauliahan IFP, iaitu;

  • M1 Asas Perancangan Kewangan Islam
  • M2 Pengurusan Risiko dan Takaful
  • M3 Perancangan Pelaburan Islam
  • M4 Zakat dan Perancangan Cukai
  • M5 Perancanan Pusaka Islam dan Waqaf
  • M6 Membina Plan Kewangan dan Tanggungjawab Profesional

 

Kebiasaannya, dalam setahun kita boleh mengambil 2 modul dan mengambil masa 3 tahun untuk melengkapkan keenam-enam modul. Bayaran untuk setiap modul adalah RM1,800 yang merangkumi kelas (RM1,500) dan peperiksaan (RM300).

Saya mengambil IFP melalui “Challange Status” yang ditawarkan oleh IBFIM / FPAM dengan syarat tertentu. Kelebihan mengambil challange status adalah, hanya perlu mengambil modul 6 sahaja. Antara kelayakan untuk mengambil challange status ialah;

  • Memilliki master dalam bidang perbankan atau kewangan Islam, atau
  • Memiliki kelayakan profesional dalam CFP (Certified Financial Planner) atau RFP (Registered Financial Planner), atau
  • Mempunyai degree dari universiti Islam dan pengalaman 5 tahun di dalam industri kewangan Islam, atau
  • Mempunyai degree dan pengalaman 15 tahun dalam industri kewangan Islam.

Sebagaimana namanya, challange status ini memang mencabar  kerana perlu belajar sendiri modul 1 hingg 6 kerana peperiksaan dalam modul 6 merangkumi modul 1-6. Saya mengambil kelas dan peperiksaan IFP pada tahun 2011 yang lalu.

Dari modul M1 hingga ke M6, modul M6 adalah modul yang paling sukar kerana kita perlu menyediakan plan perancangan kewangan bagi sampel kes yang diberikan. Ketika bacth saya, ada calon yang pengsan di dalam dewan peperiksaan di dalam bilik peperiksaan!

Sebagai perunding dan ejen takaful di Takaful IKHLAS, saya mengambil inisiatif sendiri untuk mempelajari IFP sebagai nilai tambah dalam khidmat nasihat saya kepada pelanggan. Ia juga sebagai nilai tambah ilmu dan pengetahuan dalam industri ini yang semakin lama semakin mencabar.

Dalam keadaan pemain industri semakin ramai dek pertumbuhan syarikat-syarikat takaful yang semakin banyak serta maklumat mengenai takaful yang mudah diperoleh oleh para pengguna, sekalu perunding takaful kita perle bergerak beberapa langkah ke hadapan untuk memastikan diri kita releven untuk masa hadapan.

Tuan-puan rakan-rakan yang terlibat di dalam industri perancangan kewangan, seperti ejen unit amanah, ejen takaful, ejen wasiat digalakkan untuk mengambil kursus yang bermanfaat ini.

Beberapa link yang boleh dijadikan rujukan;

http://www.fpam.org.my/fpam/certification-and-standards/islamic-financial-planner/

http://www.ibfim.com/?r=site/page&view=training-professional-development.ifp.faq

http://www.fpam.org.my/fpam/2008/05/islamic-financial-planner-ifp-challenge-opens/

Berminat menyertai #TeamINFAQTakaful? Lengkapkan borang ini:

2 Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com