fbpx

Nampak Lain La Encik Afyan

Tadi jumpa seorang kenalan.

Ketika bersembang, dia perkenalkan saya kepada rakannya,

“Inilah Encik Afyan”, katanya.

“Oh, ini Encik Afyan Mat Rawi?”, kata rakannya.

Saya senyum mengangguk.

“Nampak lain la Encik Afyan berbanding facebook”, kata rakan kepada kawan saya tadi.

“Ye la. Nampak kurus sekarang”, kata kawan saya.

Hati pun berbunga-bunga….

Berkira-kira hendak kongsikan tips diet yang saya amalkan beberapa bulan ini. Ia berjaya turunkan berat badan saya sebanyak 5 kg dalam masa 2 bulan.

Tips yang saya amalkan sejak hujung tahun lepas nampaknya berjaya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“Tapi dalam Facebook, nampak lagi kurus?”, kata rakannya itu.

Bunga yg mekar tadi menjadi layu….

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com