Tips Pelaburan Unit Amanah

9 panduan sebelum memulakan pelaburan unit amanah:

investingstrategy

1. Sebelum melabur, mulakan dengan simpanan 10% gaji. Simpan ke Tabung Haji sebaiknya kerana ia boleh memberi pulangan lebih baik dari simpanan biasa.

2. Cukupkan simpanan sebanyak bersamaan 3 ke 6 bulan gaji. Ia sebagai dana kecemasan untuk masa hadapan.

3. Selepas cukup simpanan tersebut, baru boleh mulakan pelaburan menggunakan duit LEBIHAN simpanan. Jangan gunakan wang simpanan, guna wang lebihan simpanan.

4. Jangan buat “Dollar Cost Averaging” (DCA) secara membuta tuli. Buat secara bijak kerana selepas setahun dua melabur kita tahu harga paling tinggi dan harga paling rendah. Jadi selepas itu, memilihlah waktu kita membeli dana baru pada harga murah.

5. Guna wang KWSP? Ia kaedah terakhir. Jika gunakan cara ini, gunakan juga tip-tip yang dikongsi di sini terutama jangan lakukan DCA secara membuat tuli. Tahukah anda, CEO KWSP pernah membuat kenyataan bahawa hanya 20% sahaja pelabur yang mengeluarkan wang KWSP untuk unit trust mendapat pulangan melebihi pulangan KWSP?.

6. Letakkan benchmark ASB 8% setahun sebagai ROI. Jika ROI dana kurang 8%, maka lakukan sesuatu – review dana dan switching.

7. Jangan bergantung harap kepada ejen atau broker, mereka hanyalah fasilitator dalam pelaburan ini. Jika dapat ejen yang bagus, itu adalah bonus.

8. Sebenarnya, tanpa melalui ejen pun kita boleh membeli sendiri dana-dana pilihan kita dan dapat menjimatkan kos dan caj.

9. Semak prestasi dana-dana pelaburan unit amanah melalui laporan Lipper dan bukan semata-mata bergantung kepada ejen sebab ejen akan mempromosi dana syarikat mereka.

Nota: Kami boleh membantu anda untuk melabur dalam Top 5 dana unit amanah di Malaysia, dari pelbagai syarikat unit amanah. Berminat, PM kami.

syariah

Nota 2: Past performance not indicate future result.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?