fbpx

Perkongsian Peserta #SeminarBMW Edisi Utara

“Sepanjang program banyak kali juga rasa macam kena “tampor”” – Tn Hanafi Masri.

“Memang program ini direka khas utk memberi tamparan kepada peserta supaya sedar dan keluar dari #nerakawang” – PU Yan.

Siapa tak nak rasa kena tampar, jangan datang #SeminarBMW yg akan diadakan di 2 lokasi lagi, Melaka dan Kuantan.

Antara perkongsian lain:

Tak drive kereta BMW takpa tapi jangan terlepas peluang untuk drive ke seminar Bijak Merancang Wang (BMW). Hari ni Tn. Wakanda Afyan Mat Rawi berkongsi tips-tips perancangan rezeki di Sungai Petani, Kedah. Antara tips yang dikongsi:

1. Bila ada satu masalah, akan wujud peluang. Rebut peluang yang ada. Pandang pada sudut positif setiap masalah yang datang. Rezeki itu sangat luas seperti lautan.

2. Kata orang, “Wang tidak boleh memberi bahagia.” Orang yang berkata begitu sebenarnya tidak tahu di mana hendak membelinya.

3. Cara untuk jadi kaya? Yang pertama dengan memiliki banyak harta. Yang kedua dengan tidak memiliki terlampau banyak keinginan/kehendak.

4. Wang untuk hidup, bukan hidup untuk wang.

5. Perlu ada mind setting yang betul. Kita apa yang kita baca. Baca untuk meningkatkan intelek dan menstabilkan emosi.

6. Sebelum kita mula bergerak, kita perlu tahu di mana kita berada.

7. Bonus: 2 buah lagu nyanyian Tn. Wakanda Afyan Mat Rawi (Bayangan Gurauan dan Lagu 3 Kupang) 

8. Dan banyak lagi. Nak tau yang selebihnya jangan lupa untuk hadirkan diri anda ke Seminar Bijak Merancang Wang di lokasi seterusnya Melaka (14 April 2018) dan Johor (21 April 2018). Jom daftar!

#seminarBMW

 

Ini juga sangat penting.
Hanya di #SeminarBMW
Bersama Tn Afyan Mat Rawi

Cer kira berapa kali ganda Allah janjikan.. 

 

Cerita semalam 10 Mac 2018
.
.
Saya memang jenis susah nak pergi seminar2 ni..apatahlagi seminar berbayar..
.
.
Tapi sejak anak dah tiga, ditambah pulak berkecimpung dalam dunia perejenan Takaful, rasa kena buat sesuatu untuk betulkan cara urus kewangan..dan saya pilih #seminarBMW anjuran Infaq Consultancy sebab
.
.
1. Secara peribadi, saya banyak follow tulisan beliau di
fb terutama berkaitan kewangan
2. Kontennya praktikal dan berpijak di bumi
3. Pengisiannya padat dan mampat
.
.
Betul la orang kata..pelaburan dalam ilmu pengetahuan adalah yang paling menguntungkan
Pengisian sehari program sangat berbaloi jika dibanding dengan jumlah yang dibayar
.
.
Antara topik best yang diajar dalam seminar ni

1. Ubah mindset kewangan
2. Kenapa perlu menyimpan, banyak mana patut
disimpan dan bagaimana cara efektif untuk
menyimpan
3. Kiraan aliran tunai yang betul dan sepatutnya
4. Macamana nak tahu jumlah perlindungan yang
sepatutnya kita ada..dan…apa yang sepatutnya
dilindungi
5. Tujuan pelaburan, dan melabur dengan bijak
6. Apa patut kita buat dengan harta kita sebelum kita
mati…..

Sebenarnya banyak lagi..tapi macam panjang dah ni..sepanjang program banyak kali juga rasa macam kena “tampor”..haha
.
.
Kalau korang nak satu seminar yg penuh dengan input..dah penuh tapi rasa macam tak cukup jugak…ni lah antara program yang berani saya cadangkan…saya bukan “ejen” dorang..tapi saja saya kongsikan sebab banyak kebaikan 

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com