Scammer Insurans / Takaful?

Ada ejen yang tersinggung apabila disebut istilah ini.

Jangan risau, saya juga ejen.

Tak perlu risau jika kita misleading. Jangan risau jika kita tidak menipu.

Saya tunjukkan beberapa posting lama saya untuk buktikan memang wujud ejen-ejen takaful yang tidak beretika menyebarkan mitos-mitos dalam takaful sehingga menyebabkan masyarakat jadi keliru dan takut untuk melanggan takaful.

Bayangkan, dalam masa 30 industri takaful wujud di Malaysia, penembusan takaful di Malaysia hanya sekitar 15%

Rujuk beberapa artikel ini;

1. Ini kes yang pernah saya bantu dan dibawa ke pihak berkuasa apabila seorang rakan saya diperdaya oleh ejen takaful mengatakan produk takaful haji yang dilanggan, 90% dimasukkan ke akaun simpanan

Lihat Bagaimana Kes Ejen Takaful Misselling & Misleading Ini Diselesaikan

2. Ini laporan akhbar berhubung kes penipuan seorang “Financial Advisor”

Dalam Bidang Kewangan Pun Ada Scammer

3. Ejen ini mengatakan menyimpan di ASB adalah langkah bodoh lalu dicadangkan takaful

Antara ASB Dengan Takaful?

4. Saya buat perbandingan antara scammer skim-skim sontot dengan ejen yang menipu

Apa Beza Scammer Dengan Ejen Misleading?

5. Antara keluhan rakan-rakan FB yang melanggan takaful medical card yang dikatakan ada saving

Baca Keluhan Mereka Tentang Medical Card Kononnya Ada Simpanan dan Pelaburan

6. Ini laporan akhbar tentang skim cepat kaya guna produk insurans

Kes Penipuan Insurans Ala Skim Cepat Kaya Yang Patut Anda Tahu. Semak Segera Polisi Insurans Anda!

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?