Apa yang saya risaukan terjadi.

Bulan Januari lepas saya ada kongsikan tentang cara marketing ini, rujuk gambar pertama.

Promosi guna terma “invest” tapi closing untuk join program berbentuk bisnes.

Mereka akan katakan, ini adalah strategi marketing.

Kawan, matlamat tidak menghalalkan cara.

Bisnes dan pelaburan ada dua konteks yang berbeza.

Modal untuk bisnes tidak sama cara kerjanya dengan modal untuk pelaburan / investment.

Apabila kita sebut tentang investment, ia adalah aktiviti pasif. Tapi apabila sebut tentnag bisnes, ia adalah aktiviti aktif.

Ada saya kongsikan panjang lebar di Apa Implikasi Apabila Menganggap Bahawa Pelaburan Dan Perniagaan Adalah 2 Perkara Yang Sama?

Ini bukan kali pertama saya didatangi aduan tentang program #SuperbInvest ini.

Ada yang bertanyakan pandangan untuk sertai.

Dan ada yang sudah sertai dan kemudian minta pandangan saya.

Ini antara yang mengadu dari kalangan yang sudah sertai dan kemudian menyesal.

Kawan, berhati-hati.

Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?