Takaful, Bisnes Yang Paling Banyak Rejection

Ingin menyertai Team Takaful bersama INFAQ Consultancy?

Sebelum join, baca ini dahulu.

Bukan semua orang sesuai menceburi bidang bisnes, lebih-lebih lagi bisnes dalam bidang takaful.

Bisnes yang penuh dengan rejection. Bisnes yang penuh cabaran. Bisnes yang sudah ramai pun orang ceburi. Bisnes yang ramai orang berjaya dalam masa sama lebih ramai orang yang gagal.

10 orang yang kita jumpa untuk kongsikan tentang kepentingan takaful, mungkin 11 orang yang akan reject dengan pelbagai alasan;

“saya dah ada takaful”,

“takaful penipu”,

“adik saya ejen”,

“saya tak percaya takaful”,

“saya tak ada duit”,

“saya dah ambil takaful dengan Neelofa”, dan sebagainya.

Ada satu jenakan tentang ejen takaful – jika kita ke pasar malam, dan baling 10 biji batu, satu batu akan terkena ejen takaful, atau bekas ejen takaful.

Saya tak suka sangat untuk menawarkan perkara-perkara yang muluk-muluk tentang bisnes sebagai perunding takaful, sebab jika saya tak kongsikan pun sudah ramai yang kongsikan tentang kelebihan bisnes ini.

Ada yang tunjukkan gambar duit, dapat buat passive income, ada yang tunjukkan rumah besar, ada yang tunjukkan gambar kereta, melancong ke luar negara dan lain-lain untuk menunjukkan betapa seronoknya menjadi ejen takaful.

Ia sebagai peransang dan motivasi untuk sertai bisnes ini kerana ramai yang sudah berjaya memperolehinya. Ini adalah benar.

Jarang ditunjukkan betapa susahnya jadi ejen untuk dapat seorang klien. Terpaksa tebal muka jaga kaunter yang orang tak nak datang. Terpaksa buat call. Buat appoiment, klien tak muncul. Kena maki hamun dengan prospek masa buat aktiviti cold calling. Dan bermacam lagi halangan dan rejection demi untuk mendapat seorang pelanggan.

Juga jarang yang tunjuk kisah kena maki dengan pelanggan sebab tak dapat claim sebagai modal ajak jadi ejen takaful. Lepas tu, ejen maki pula bahagian claim syarikat takaful; kenapa klien tak dapat claim – pun tak akan diceritakan ketika mempromosi bisnes takaful.

****

Antara sebab saya memilih bisnes ini kira-kira lebih 13 tahun lalu adalah disebabkan kos yang sangat rendah dengan risiko yang sangat minima.

Tidak perlu menyimpan stok, tidak perlu ada pejabat, tidak perlu keluar modal besar.

Jadi, JIKA GAGAL – tidak ada kerugian yang besar yang perlu ditanggung.

Dan Alhamdulillah, ALLAH berikan saya jalan dan peluang dalam bisnes ini untuk saya berada dalam industri lebih dari 10 tahun, sebagai seorang ejen cabuk dan konsultan bertauliah IFP.

Jika ada rakan-rakan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya ini, boleh hadiri program ini, esok malam.

INFAQ Business Talk (Takaful)
30 Mac 2017 (Khamis)
8:00 mlm
Pejabat INFAQ Consultancy, Medan Selayang.

Dalam program ini saya tidak akan ceritakan bagaiman untuk buat duit besar, tidak akan ditunjukkan wang berkoyan-koyan, tidak akan ditujukkan kereta mewah untuk menarik Tuan-Puan sertai bisnes ini. Lagipun saya tak ada pun kereta mewah tu. Hahaha.

Jadi bagi yang berminat, boleh PM ke m.me/afyan.ifp dan tulis “Afyan, saya nak jadi ejen takaful”.

Oh ya, ia percuma.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?