fbpx

10 Langkah untuk mengelak dari terkena “game” GAMEPLAN Ejen takaful yang tidak bertanggungjawab

  • 10 months ago
  • 2Minutes
  • 193Words
  • 490Views

Dahsyat GAMEPLAN dia ni…

Kalau jumpa ejen yang buat poster sendiri ni, berikut langkah-langkah yang perlu diambil:

1. Mula-mula minta dia bagi official PDS (product disclose the sheet) dan illustari daripada sistem kompeni. Kalau ejen macam susah nak bagi, maknanya anda yang bakal kena game dalam gameplan tersebut.

2. Minta ejen terangkan kandungan PDS dan illustari tersebut. Kalau ejen tersebut susah nak explain, besar kemungkinan anda akan kena game.

3. Minta ejen tunjukkan dekat helaian mana yang menunjukkan unjuran pelaburan seumpama itu. Kalau dia gagal, memang confirm anda bakal kena game.

4. Tanya ejen adakah ia produk pure pelaburan atau bukan pure pelaburan. Jika ejen jawab ia plan yang pure pelaburan, maknanya anda yang bakal kena game dalam gameplan tersebut.

5. Tanya ejen adakah pulangan tersebut dijamin atau tidak? Jika dia kata pulangan pelaburan itu dijamin, besar kemungkinan bakal kena game.

Jika ejen berikan jawapan meragukan bagi 5 soalan di atas, boleh tanya soalan bonus berikut. Insya Allah kali ini mudah sikit mereka jawab.

6. Plan nak beli kereta apa lepas ni?

7. Nak dapat MDRT bila?

8. Ada nak pergi haji balik hari?

9. Ini plan retirement ejen kan?

10. Target berapa ramai kena game bulan ni?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya baru sempat follow isu ejen takaful sailang daripada kompeni…