fbpx

Kisah sedih : Seorang ibu diperdaya oleh ejen takaful selama 15 tahun

  • 7 months ago
  • 3Minutes
  • 428Words
  • 716Views

Sad but true.

Sedih baca cerita seorang ibu ini. 15 tahun baru tahu diperdaya oleh ejen.

Dalam komen pada posting saya berkenaan sebab kenapa saya tak langgan polisi takaful pendidikan walaupun sudah 20 tahun sebagai ejen takaful, seorang ibu berkongsi keluhan melanggan produk seumpama itu selama 15 tahun dan menyesal.

Beliau menyesal kerana apa yang diharapkan simpanan pendidikan yang sepatutnya RM88,000 yang dijanjikan ejen, hanyalah RM11,000 selepas tempoh 15 tahun.

Entah apalah yang ejen tersebut ceritakan ketika sign up polisi, saya tak pasti.

Nak salahkan ejen 100% pun tak boleh juga. Kang nanti kata saya tutup periuk nasi ejen takaful.

Tapi dalam kes ini, jika betul ejen tu beritahu simpanan RM88,000 tu memang sembang kencang tak ingat dunia.

Bayaran RM100 sebulan selama 15 tahun berjumlah RM18,000. Jadi celah mana boleh dapat RM88,000 tu saya pun tak tahu.

Sama ada klien silap dengar atau ejen silap explain jumlah tersebut.

Dalam kesempatan posting ini, saya titipkan buat para ejen supaya amanah dalam menjalankan tugas. Jangan janji bulan bintang hanya semata nak close sales, kejar komisen, dapat MDRT dan seumpamanya.

Kepada pelanggan pula, pelajari ilmu kewangan supaya dapat mengelakkan diri daripada ditipu oleh ejen yang tak amanah.

Sebab itu saya pesan banyak kali, bacalah betul-betul PDS dan official quotation sebelum sign.

Jika dah sign, bacalah polisi betul-betul.

Ada tempoh yang sewajarnya untuk membuat pertimbangan.

Inilah sebabnya sejak dahulu saya tak langgan produk takaful untuk education dan jarang propose kepada pelanggan.

Kalau ada pelanggan yang minta, saya akan kongsikan pro n con dan akhir sekali, majoriti prospek tak jadi melanggan takaful pendidikan..

Namun ada juga yang tertarik dengan plan berkenaan yang mempunyai ciri anugerah kecemerlangan pelajar dan juga pengecualian cukai, lalu melanggan produk tersebut.

Memang saya terlepas peluang untuk dapat banyak kes sebab jika close plan pendidikan, lagi banyak jumlah polisi berbanding polisi personal

Ia hak masing-masing, yang penting saya berpuas hati sampaikan amanah ilmu kewangan kepada prospek, dan Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Baca juga detail penerangan kenapa saya tak langgan takaful pendidikan. Baca di sini

Untuk mengelakkan kena tipu dengan ejen takaful yang tak amanah, jemput baca buku Bijak Merancang Wang. Klik BukuBMW

Ini adalah cetakan terbaru. Sejak 2021, sudah 5 kali dicetak!

Ada beberapa tambah baik berbanding versi lama, antaranya

1. Content yang lebih segar dan terkini

2. Ada 10 video daripada Akademi Bijak Merancang Wang, full HD.

3. E-workbook Buku Manual Wang

Item kedua dan ketiga diberikan dalam buku ini melalui QR Code.

Topik berkenaan takaful memang ada dalam buku ini. Cara kira coverage, cara buat bajet takaful, jenis-jenis coverage takaful dan seumpamanya.

InsyaAllah lepas baca buku ini, akan lebih faham pasal takaful dan cara melanggan takaful dengan betul.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended