7 + 3 Kelebihan Sebagai Perunding Takaful Bersama INFAQ Consultancy

7 (+3) Kelebihan Sebagai Perunding Takaful bersama INFAQ Consultancy

1. Modal yang rendah.

Dengan hanya bermodalkan RM80 untuk menduduki peperiksaan, kita sudah boleh memulakan kerjaya ini. Tidak perlu menyimpan stok membeli produk, dan tidak perlu menyewa pejabat – yang selalunya perlu difikirkan oleh usahawan dalam bidang lain.

2. Sistem yang sudah sedia ada.

Industri insurans sudah wujud sejak beribu tahun. Jadi, sudah wujud pelbagai sistem-sistem bisnes yang sudah terbukti keberkesanannya. Ia termasuk sistem latihan, sistem sokongan bisnes, sistem IT, sistem pengrekrutan dan pelbagai sistem lagi. Tinggal lagi usahawan baru melibatkan diri ke dalam sistem ini untuk berjaya.

3. Potensi Pendapatan yang besar dan stabil

Dengan modal yang rendah dan digabung jalin dengan sistem komisen yang telah terbukti melahirkan ramai jutawan, kerjaya ini menjanjikan peluang pendapatan yang besar kepada para perunding.

4. Potensi peningkatan kerjaya.

Bermula sebagai perunding takaful, kita berpeluang meningkatkan kerjaya sebagai Pengurus Agensi dan Pengurus Agensi Kumpulan dengan membina bisnes yang lebih besar.

5. Potensi peningkatan ilmu dan profesionalisma.

Selain peningkatan kerjaya, para usahawan juga berpeluang meningkatkan profesionalisma dengan menjadi Perunding Kewangan Bertauliah seperti IFP (Islamic Financial Planner), CFP (Certified Financial Planner), RFP (Registered Financial Planner) dan lain-lain lagi.

6. Masa yang kerja yang fleksibel.

Sesuai untuk orang yang sukakan kebebasan masa dalam bekerja serta dapat menumpukan kehidupan dan keluarga tanpa terikat dengan waktu pejabat.

7. Peluang menunaikan Umrah dan melancong ke luar negara secara PERCUMA!

Kerjaya ini sebagai ibadah dan berpeluang mendapat ganjaran untuk menunaikan umrah setiap tahun. Bukan sahaja Umrah, malah juga untuk melancong ke luar negara secara PERCUMA. Ya, semua percuma dari tiket penerbangan, hotel, makan minum, lawatan ke tempat menarik dan sebagainya!!!

EKSTRA: KENAPA INFAQ?

8. Kami merupakan firma konsultan kewangan yang diterajui oleh Sdra Afyan Mat Rawi, seorang perunding kewangan yang tidak asing lagi di Malaysia.

Beliau kerap muncul di kaca TV, radio, media viral, akhbar malah #SeminarBMW Seminar Bijak Merancang Wang beliau pernah diadakan di sellluruuh negara!

9. Pemasaran INFAQ menggunakan media sosial terutama FB, blog dan IG.

FB, blog dan IG Sdra Afyan antara rujukan utama tentang kewangan yang oleh rakyat Malaysia. Buktinya banyak kali tulisan-tulisan beliau viral dan dipetik oleh netizen malah beberapa kali disebut namanya dalam beberapa portal kewangan.

Dan ilmu-ilmu ini akan diajar secara berkala kepada para konsultan.

10. Team Gen Millenial

Majoriti besar perunding-perunding di INFAQ merupakan dari Gen Y dan Millenial. Ia sangat berjiwa muda dan sesuai untuk orang muda seperti kalian! Bukan Gen Millenial atau Gen Y? Jangan risau, dalam group kami juga ada otai-otai yang masih berbisa yang berjiwa muda.

 

Baca juga artikel : Kerjaya Takaful

Baca juga artikel : Berapa pendapatan perunding / ejen Takaful

Baca juga artikel : Tahukah Anda, Pendapatan Ejen Takaful Lagi Besar Daripada Menteri?

 

Berminat menyertai kami? Isi borang di bawah

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com