Usah Bergantung Pada Segulung Sijil
Keratan akhbar tahun 2004 ini saya simpan sampai sekarang.
Ada dalam arkib maya saya, dan baru belek-belek pagi ini.
Ia sebagai motivasi bisnes yang saya lakukan sejak tahun 2003.
Saya kongsikan kembali sempena musim keputusan SPM. Oh ya, keputusan SPM saya cemerlang, 6A1. Ehem, Ehem.
Oh ya, saya juga ada degree LL.B dari UIAM.
Jadi bukan bermaksud saya kongsikan perkara ini untuk memperlekehkan graduan universiti atau keputusan cemerlang SPM. Kedua-duanya sudah saya miliki.
Ia sebagai peringatan supaya kita tidak bergantung kepada sekeping sijil.
Ia hanya sekeping kertas bukti kita belajar. Tidak lebih dari itu.
Dunia di luar sana lebih dari sekadar kita belajar di sekolah dan bilik kuliah.
Boleh baca pesanan-pesanan lain dalam keratan akhbar di atas.
Jangan risau jika tidak cemerlang SPM. Menteri sudah buktikannya.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran