fbpx

Lain Dari Yang Lain

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 285Words
  • 335Views

Kita buat iklan. Tapi orang tak perasan pun iklan tu.

Tenggelam dalam lambakan iklan.

Rasanya iklan tu boleh datangkan hasil yang diharapkan tak?

“Mungkin tidak..”

Betullah tu.

Kalau iklan kita gagal menangkap perhatian, macam mana mesej nak disampaikan?

Ada 1 iklan hartanah dibuat. Di sebuah laman web ala-ala iProperty.

Iklan ni bersaing dengan 11,661 iklan hartanah yang lain.

Ada 1 perubahan dibuat yang memakan masa tak sampai seminit.

Gambar iklan tersebut diterbalikkan.

Hasilnya?

CTR meningkat lebih 230%!

(CTR bermaksud “click-through rate”, merujuk kepada jumlah orang yang klik iklan tersebut)

Bermakna makin ramai orang yang klik iklan tersebut lepas ternampak gambar rumah terbalik tu.

 

Image may contain: sky and outdoor

Di Indonesia, Lazada pernah pasang billboard terbalik.

Sampai kecoh netizen di sana bercerita pasal iklan tersebut.

Bila ditanya kepada Chief Marketing Officer kenapa pasang billboard terbalik, ini jawapan beliau.

“Di Lazada kami berusaha untuk lakukan inovasi dalam pelbagai bidang termasuk marketing. Untuk tahun ini kami mengambil tema Diskaun Menggoncang Semesta. Kuat sangat goncangannya sampai terbalik billboard.”

Tapi apa akan jadi bila iklan lain pun tiru taktik yang sama?

CTR pasti turun.

Iklan anda akan kembali tenggelam bersama ribuan iklan yang lain.

Tapi asasnya tetap sama ye. Jadi berbeza.

Orang tak letak emoji pada headline, kita cuba letak.

Orang guna gambar jpg yang tak bergerak, kita cuba guna gif yang bergerak.

Orang lain guna gambar berwarna, kita cuba hitam putih.

Buatlah apa saja perbezaan asalkan masih beretika ye?


Artikel di atas ditulis oleh Tuan Umar Taib, yang juga dikenali sebagai Umarvellous.com. Saya banyak belajar daripada beliau tentang copywriting dan psikologi menjual.

Kalau nak belajar lagi ilmu-ilmu mahal dari beliau, klik di sini

P/S: Di Malaysia pun ada syarikat yang pernah buat iklan billboard terbalik. Siapa ingat?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tengah survey kereta ke tuuuuu???? Sebelum beli, elok baca juga…