Apa Kata Bonda Nor Tentang #eSeminarBMW

Saya terharu baca testimonial daripada Puan Bonda Nor, pukul 3 pagi dapatkan #eSeminarBMW ketika harga promosi tempoh hari.

Baca posting beliau semalam, rasa macam dah kenal lama. Walhal baru sekali jumpa beberapa minit tahun lepas. Suami beliau follower saya rupanya.

Tapi memang saya kenal lama beliau melalui ahli keluarga yang menyertai program-program beliau.

Beliau seorang penulis yang profilik dan aktif mengendalikan program-program untuk melahirkan penulis baru. Saya baru nak belajar-belajar menulis buku.

Bukan itu sahaja, belia juga pengasas Kaedah Membaca Ekspres I yang banyak membantu ribuan kanak-kanak Malaysia membaca. Malah modul juga dicedok oleh lain. Bayangkan, betapa power tak power hasil beliau.

Jemput “dengar” perkongsian beliau. Kenapa saya tulis dengar? Sebab apabila baca rasa macam dengar suaranya, walaupun baru sekali berjumpa tahun lepas.

“Berdebar wei!

Banyak sangat uncertainty!

Hidup kita memang sentiasa berdepan dengan risiko. Susah nak jangka jalan takdir kita. Tak tahu apa yang menunggu kita di depan sana.

Dan apabila cakap tentang hidup, tak boleh lari dari isu ‘kos’ hidup. Soal duit. Kewangan.

Tak payah pergi jauh. Musim PKP ini pun kita dah kalut dah.

Saya ketap bibir saja apabila kerajaan terpaksa melonggarkan PKP. Sebab utamanya semata-mata untuk selamatkan masalah ekonomi.

Padahal, zon merah masih berlambak. Zon hijau juga masih ada kes yang banyak. Allah… risiko COVID-19 masih tinggi!

Tapi itulah… kadang apabila masalah ekonomi berada di tahap genting, manusia sanggup ketepikan apa yang lebih penting. Nyawa.

Memang serba salah, dan terpaksa juga ambil jalan tengah. Apatah lagi sudah ada bisnes yang gulung tikar. Dan eh… kawan saya pun dah kena buang kerja! Allah… Kesiannya dia! 😭

Baiklah, saya akui ketika ini keadaan ekonomi saya masih stabil dan kurang terkesan dengan keadaan semasa. Tapi jujurnya, saya berdebar juga.

Sebab apa?

Sebab isu uncertainty tadi.

Kita tak pasti apa akan berlaku esok lusa, dan saya pilih untuk lebih bersiap sedia. 💪
.
.

Tuan puan,

Hari ni saya nak kongsikan salah satu persediaan saya untuk berdepan dengan risiko masalah ekonomi.

Saya cari ilmu. Saya cuba gali apa yang belum saya tahu lagi.

Dan saya jumpa ini.

BMW – by Tuan Afyan Mat Rawi.

Siapa Tuan Afyan ni?

Owh… saya kenal namanya pun daripada suami. Suami saya memang follow Tuan Afyan.

Figura perancangan ekonomi yang terkenal, selalu dijemput ke TV, masuk majalah, suratkhabar segala. Pernah bergandingan pula dengan pakar ekonomi Islam kegemaran saya – Dr Zaharuddin Abdul Rahman. Fuh. Bukan calang-calang!

Dan rupa-rupanya, beliau telah buat perkongsian ilmu mahalnya dalam bentuk yang mudah kita akses.

Video seminar online. Video tentang apa?

BMW – Bijak Merancang Kewangan.

Alhamdulillah, jam 3 pagi tadi, saya beli pakej perkongsian ilmu yang mahal ini.

Ilmu mahal tapi pada harga yang subhanallah… sangat murah! RM39 sahaja. Murah giler! 😱

Saya pun rasa malu nak bayar semurah ini untuk ilmu sebab ia lebih murah daripada harga permainan yang saya belikan untuk anak-anak saya! 😭

17 video, tuan puan! Kesemuanya sarat dengan pelbagai ilmu perancangan keluarga. Dari sekecil-kecil perkara asas tentang mindset sehinggalah kepada perkara yang akan mengakhiri hidup iaitu tentang pusaka.

Pusaka? Aduh. Lambat lagi kot nak mati….

Amboi. Yakin ke?

Uncertainty!

Maka, kita siap sedia. 💪

Tuan puan,

Saya nak bagitau juga. Sebenarnya, once upon a time saya juga pernah menjadi agen pelaburan emas, agen takaful dan agen pengurusan harta pusaka.

Saya tahu kepentingan merancang kewangan.

Dan inilah sebabnya saya membeli video ini. Untuk memperkukuhkan semula ilmu saya mengikut situasi semasa. Banyak yang dah basi kot. Banyak juga yang saya dah lupa dan perlu saya update semula.

Alhamdulillah, pagi ini saya dah selesai menonton video pertama.

Gambar jelas. Audio juga terbaik. Cuma itulah… lukisan pokok yang Tuan Afyan lukis tu, memang tak cantik. 🤭🤣

Insya-Allah, saya akan menonton kesemua ilmu yang terdapat dalam 17 video ini.

RM39 untuk ilmu yang sangat mahal. Terima kasih Tuan Afyan!

Moga Allah berkati perkongsian ilmu ini. Moga Allah ganjari tuan rezeki yang melimpah ruah dan husnul khotimah.
.
.

Sahabat-sahabat Bonda Nor sekalian,

Ayuh ler kita tambah ilmu pasal pengurusan kewangan keluarga. Jangan sibuk fikir cara nak tambah duit saja tapi tak tau nak urus macam mana.

Jom sukses bersama!

Okey, yang berminat nak dapatkan seminar online yang giler berbaloi murah ini, boleh dapatkan daripada Tuan Afyan ya.

Khabarnya pelancaran video ini akan dibuat secara rasmi pada hari Rabu nanti. Masa tu harganya dah naik sikit but still masih kira murah giler untuk ilmu semahal ini.

Alhamdulillah, bertuahnya saya masuk dalam batch awal yang dapat beli RM39 saja dan dapat tonton dulu. At least, sempatlah nak ingatkan kawan-kawan saya agar standby untuk rebut opportunity ini.

Standby tau. Rabu nanti. 😍

Tulisan penuh beliau di sini

Sebenarnya program E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW ini saya bukan selama lebih kurang 2 minggu untuk tempoh promosi.

Sekarang ia ditutup sebentar bagi peluang penambah naikkan untuk pelancaran baru Rabu ini.

Sementara itu boleh tengok-tengok dulu preview e-learning ini di eSeminarBMW

Boleh dapatkan sample percuma.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com