NAK BATALKAN MEDICAL CARD SEBAB REPRICING DAN LANGGAN YANG LEBIH MURAH? Akhir-akhir ini, memang ramai yang terkesan dengan kenaikan harga medical card akibat repricing. Setiap minggu ada sahaja mesej masuk, sama ada daripada pelanggan sedia ada atau prospek baharu, mengadu tentang kenaikan caruman. Ada yang rasa kecewa, ada yang rasa marah, malah ada juga yang
Meremang bulu roma saya melihat gambar-gambar himpunan Justice for Zara yang berlangsung di seluruh negara. Seingat saya, tidak pernah berlaku lagi kebangkitan rakyat seperti ini di Malaysia Kalau ada pun himpunan besar yang dipimpin parti politik, seperti Reformasi, Bersih atau Turun Anwar. Itu pun tidak sampai sebegini rupa, yang berhari-hari dari satu lokasi ke satu
Sebenarnya peguam-peguam yang dilantik oleh keluarga arwah Zara Qairina bukan calang-calang orangnya. Harapan saya agar tulisan ini dapat menutup mulut-mulut netizen yang mempertikaikan kredibiliti peguam-peguam ini. 1. HAMID ISMAIL Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang litigasi jenayah, Hamid pernah mengendalikan pelbagai kes jenayah berat di Sabah. Saya terbaca satu komen katanya, “Di Sabah kami
Jam baru. Tapi bukanlah baru sangat. Tapi barulah juga. Hahaha! Begini ceritanya… Seumur hidup saya, ini kali pertama beli smartwatch guna duit sendiri. Sebelum ni pernah pakai, tapi itu pun hadiah daripada isteri. Tapi kena caj hampir setiap hari. Kena tukar mode biasa, baru boleh tahan beberapa hari. Pakai smartwatch, tapi tak guna function smart.
Tak sangka, masuk tahun 2025 pun masih ada yang percaya mitos tahyul kononnya Bank Negara Malaysia benarkan NGO ambil komisen 30% daripada sumbangan dana awam. Isu ini sebenarnya sudah selesai sejak 2022 lagi apabila BNM mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan perkara tersebut. Komisen daripada dana awam yang dikutip NGO memang di luar bidang kuasa BNM. Hakikatnya,
Sejak dari awal tahun ini saya mengikuti satu kursus dan perlu menghadiri kelas fizikal di ibu kota sebulan sekali. Kadang-kadang 2 subjek sebulan jika ada kelas yang saya tak dapat hadir pada salah satu bulan, kena qadha bulan berikutnya. Setiap kelas berlangsung selama dua hari, bermula jam 9 pagi. Kebiasaannya saya memandu sendiri ke sana,
Ketika sedang kira mahu tegakkan keadilan, secara tak sedar kita mungkin turut melakukan kezaliman. Ketika kita sedang mencari pembuli Zara, secara tak sengaja kita mungkin menjadi pembuli cyber. Kerika kita sedang membela mangsa, secara tak sengaja kita mungkin sedang menjadi pemangsa. Ketika sedang kita membela ibu dan keluarga Zara, kita tak sedar mungkin sedang memangsakan
Saya terbaca satu artikel dari website BBC. Kajian yang diterbitkan dalam Lancet Public Health mendapati berjalan 7,000 langkah sehari cukup untuk meningkatkan kesihatan otak dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti kanser, demensia, penyakit jantung, dan kemurungan. Sasaran ini dianggap lebih realistik berbanding 10,000 langkah sehari yang popular, tetapi sebenarnya berasal daripada kempen pemasaran pedometer di
Hadir semalam HIMPUNAN MALAYSIA BANGKIT UNTUK GAZA. Alhamdulillah, sambutannya merangkumi pelbagai agama dan kaum. Pidato-pidato yang disampaikan juga diwakili oleh pelbagai NGO, ahli politik, dan tokoh negara. Difahamkan, lebih 50 NGO dan pertubuhan bergabung dalam penganjuran program ini di bawah Humanity 4G (Humanity for Gaza) Ia satu usaha yang baik untuk menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia
Kalau Ustaz Yaakub betul-betul buat penyelewengan duit sumbangan orang ramai, segerakan buat laporan dan bawa ke pengadilan. Siapa yang ada bukti kukuh tersebut, boleh bawa bukti-bukti yang ada ke SPRM. Jangan risau, saya takkan pertahankan beliau. Tahukah anda, Ustaz Yaakub langgan hibah takaful juta-juta dan letak MADAD sebagai penerima hibah, dan beliau sendiri sebagai ejen?