21 Perkara Untuk Tingkatkan Kewangan Tahun 2021

  • Reading:3Minute:s
  • PostView Count:10Views

21 Perkara yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kewangan tahun 2021

MATLAMAT

  1. Mulakan dengan matlamat kewangan yang jelas. Berapa simpanan yang diperlukan? Berapa pendapatan yang diinginkan? Berapa hutang yang perlu diselesaikan? Buat senarai.
  2. Matlamat yang jelas, memudahkan kita untuk mengambil tindakan yang betul bagi menghasilkan sasaran yang diinginkan.

MINDSET

  1. Baiki mindset kewangan. Mengekalkan mindset kewangan yang lama untuk mendapatkan hasil yang baru adalah gila. Apabila mindset berjaya diubah, tindakan dan hasil akan berubah.
  2. Tambah ilmu kewangan. Ini cara untuk memperbaiki mindset kewangan kita. Makin tinggi ilmu kewangan, makin mudah nak capai matlamat kewangan.
  3. Cara paling mudah untuk tambah ilmu ialah baca buku kewangan. Jika sebulan 1 buku, setahun sekurang-kurangnya 12 buku. Buku yang dicadangkan: Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW. Klik di sini

PLAN TINDAKAN

  1. Buat plan tindakan. Berdasarkan matlamat tadi, perlu ada plan tindakan spesifik yang perlu dilakukan sepanjang tahun. Apa yang perlu dilakukan setiap bulan, setiap minggu dan setiap hari. Buat senarai berdasarkan matlamat pada No 1 tadi.
  2. Buat rekod aliran tunai untuk melihat memantau perkembangan kewangan dari masa ke masa. Ia penting untuk melihat sama ada pelan tindakan kita berjalan sebagaimana dirancang.

TINGKATKAN PENDAPATAN

  1. Jangan bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Semua jenis bisnes dan pekerjaan, mempunyai risiko ketidaktentuan pasaran masa hadapan. Jadi, pelbagaikan.
  2. Tidak kira anda makan gaji, kerja sendiri atau berniaga, perlu tambah sumber pendapatan melalui perniagaan baru. Pilih perniagaan yang dapat dimulakan dengan modal rendah dengan potensi keuntungan yang tinggi.
  3. Tingkatkan nilai diri supaya dapat memberi lebih nilai kepada orang lain dalam pekerjaan dan bisnes kita. Nilai tambah ini mempu meningkatkan tawaran kita kepada majikan atau pun pelanggan.

KAWAL PERBELANJAAN

  1. Kawal perbelanjaan sebaiknya. Apabila pendapatan berjaya ditingkatkan, pastikan perbelanjaan tetap terkawal.
  2. Jangan bazirkan wang untuk membeli simbol-simbol kekayaan. Ia tidak memberi nilai tambah kepada diri sendiri dan kepada kewangan kita.

SIMPANAN DAN PELABURAN

  1. Tingkatkan simpanan. Apabila kita berjaya tingkatkan pendapatan dan kawal perbelanjaan, maka kita ada wang lebihan untuk tambah simpanan.
  2. Mulakan pelaburan. Simpanan sahaja tidak memadai untuk tingkatkan kewangan. Kita perlu juga kepada pelaburan.
  3. Boleh mulakan dengan pelaburan yang mudah dengan modal yang rendah seperti emas dan unit trust.
  4. Untuk jangka masa panjang, boleh juga pelbagaikan pelaburan kepads hartanah, saham, private mandate dan sebagainya.

PENGUKUHAN DAN PERTAHANAN ASET

  1. Lindungi harta dan aset dengan perlindungan takaful. Pastikan takaful yang anda langgan memenuhi keperluan perlindungan pendapatan, pengekelan aset dan penyelesaian hutang. Takaful bukan untuk pelaburan.
  2. Buat perancangan pusaka dan wasiat untuk memastikan harta yang dimiliki dapat dimanfaatkan oleh waris dan tidak berlaku perebutan.
  3. Perancangan cukai juga tak dilupakan supaya dapat tidak diambil tindakan undang-undang akibat lari cukai.
  4. Sedekah dan derma juga perlu dijalankan seiring dengan peningkatan harta supaya dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
  5. Akhir sekali, jangan lupakan zakat untuk menyucikan harta kita. Dalam harta kita ada milik orang lain yang ALLAH sudah tetapkan.

Belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang

 

 

Su,ber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Apa yang kita boleh pelajari sepanjang 2020 dalam kewangan dan…