fbpx

Apa Yang Kita Pelajari Sepanjang 2020 ?

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 323Words
  • 343Views

Apa yang kita boleh pelajari sepanjang 2020 dalam kewangan dan bisnes?

  1. Apa yang kita rancang dan impikan, belum tentu jadi realiti. Tahun 2020 suatu ketika dahulu kita impikan negara maju dengan ejen lain kereta terbang, tapi rupa-rupanya duit yang banyak terbang.
  2. Sentiasa sediakan back up plan. Tak jadi Plan A, kena ada Plan B, Plan C, Plan D dan seterusnya. Siapa sangka tiba-tiba berlaku Covid-19 dan PKP sehingga hampir semua sektor ekonomi lumpuh.
  3. Sediakan pelbagai punca pendapatan. Apabila satu punca pendapatan, ada lagi punca pendapatan lain. Lagi banyak, lagi bagus.
  4. Tidak ada industri yang kalis inflasi. Suatu ketika dahulu, kita diberitahu, sektor makanan dan pendidikan adalah kalis inflasi sebab setiap masa orang perlukan makanan dan pendidikan. Tapi sepanjang PKP, banyak restoran, kedai makan, tadika, sekolah swasta yang terjejas teruk.
  5. Semua jenis pekerjaan ada risiko tersendiri. Para pilot, pramugara, malah Tony Fernandez sekalipun tak pernah terfikir Covid-19 memberi pukulan KO kpd industri pelancongan dan penerbangan.
  6. Orang bisnes jangan bergantung dan percaya sangat kpd politik dan orang politik. Tahun 2020 dan sebelumnya menyaksikan orang politik mudah mudah sangat berubah pendirian, sokongan dan bendera parti mereka. Majoriti orang politik berpolitik sebab cari makan, bukan perjuangan.
  7. Sentiasa sediakan wang kecemasan. Waktu ekonomi stabil, kita tak rasa pentingnya tabungan kecemasan. Tapi ketika ekonomi teruk, barulah kita rasa pentingnya tabung kecemasan ini.
  8. Percaya kepada qadha dan qadar. Sepanjang PKP, dilaporkan hampir setiap hari ada orang bunuh diri akibat tak dapat terima hakikat apa yang dialami disebabkan desakan ekonomi.
  9. Dalam pelaburan, kena bijak untuk exit atau stop loss. Ramai pelabur hartanah yang terciduk kerana tak sempat stop loss walaupun dah nampak hartanah mula lesu tahun 2019.
  10. Semua jenis bisnes wajib menggunakan teknologi digital, hatta jual nasi lemak tepi jalan. Sepanjang PKP, nenek di kampung yg selama ini tak biasa dengan teknologi pun dah belajar gunakan.

Ada lagi? Jika sesuai saya tambah.

Belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipeik dari Fb Wanie Liman SAYA NAK TENGOK MUKA TUAN…