5 Perbezaan Asas Tentang Cukai

Untuk anda yang ‘makan gaji’ atau bos yang ‘ambil sendiri gaji’ (pengarah syarikat), pengiraan cukai adalah jauh lebih mudah berbanding mereka yang mempunyai perniagaan milikan tunggal atau perkongsian atau sering kita anggap bisnes ‘enterprise’…

Biarpun begitu ada baiknya kita tahu perbezaan asas sebelum membuat penaksiran cukai. Terdapat beberapa perbezaan antara keduanya dari sudut percukaian, antaranya adalah :

Jenis Borang Cukai

  • Penggajian : Borang BE
  • Perniagaan Milik Tunggal : Borang B
  • Perkongsian : Borang P & B

Tarikh Serahan Setiap Tahun

  • Borang BE : 30hb April
    (Tahun Taksiran 2019 : 30 Jun 2020)
  • Borang B : 30hb Jun
    (Tahun Taksiran 2019 : 31 Ogos 2020)
  • Borang P : 30hb Jun
    (Tahun Taksiran 2019 : 31 Ogos 2020)

Anggaran Cukai

  • Penggajian : Potongan Cukai Berjadual
  • Perniagaan : CP 500 pemilik
  • Perkongsian : CP 500 setiap pekongsi

Bukti Utama Pendapatan & Perbelanjaan

  • Penggajian : Borang EC @ EA
  • Ejen Komisen : Borang CP 58
  • Perniagaan : Penyata Untungrugi &
    Kunci Kira2.
  • Perkongsian : Penyata Untungrugi &
    Kunci Kira2 serta CP 30

Kewajipan Menghantar Borang Cukai

  • Penggajian:Tidak Wajib, boleh memilih
    PCB sebagai cukai akhir
  • Perniagaan: Wajib serah.
  • Perkongsian: Wajib serah.

Itu antara 5 perbezaan asas. Namun mereka juga berkongsi perkara asas yang sama iaitu :

 Kadar Cukai
 Kadar Penalti Gagal Melapor / Bayar
Cukai atas nama INDIVIDU!! Ya, bukan perniagaan atau perkongsian, confirm!
 Pelepasan Boleh Dituntut
 Rebat Cukai

Itu baru ciri asas sahaja, belum lagi perbezaan yang melibatkan pengiraan dan ilmu mendalam seperti belanja tidak dibenarkan, tuntutan elaun modal serta akaun pembahagian keuntungan.

#bijakcukai
#taxplanning

Tulisan di atas oleh Tuan Khairul Amal Hashim, perunding cukai berpengalaman lebih 20 tahun.

Ingin belajar lagi ilmu percukaian daripada beliau? Rujuk komen

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi