fbpx

Kos Tersembunyi Memiliki Kereta

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 409Words
  • 461Views

Dari Fb Shahir Zin II

BETUL KE KALAU BELI KERETA ADA KOS TERSEMBUNYI

Mungkin ramai antara kita tidak perasan bila beli kereta ada KOS TERSEMBUNYI. Termasuk diri ini sendiri .

Apa yang dimaksudkan KOS TERSEMBUNYI disini?

KOS TERSEMBUNYI yang dimaksudkan adalah kos-kos yang secara automatik akan wujud bila kita beli/miliki kereta. Antaranya kos petrol, kos tol, kos maintainance, kos insurans kenderaan, kos roadtax dan lainx lagi. Nampak macam biasa-biasa kos ni, TAPI pernah tak kira berapa damage bulanan untuk BELA kereta ni?

Saya bagi contoh diri saya sendiri,
Tahun 2018 saya beli kereta baru Bezza 1.3 dengan bayaran bulanan RM500. RM500 ni KOS ON PAPER sahaja ye..

Jom kita kira KOS TERSEMBUNYI pulak.
1. Petrol = RM 200 sebulan (Alhamdulillah jarak rumah dgn tempat keje dekat)
2. Tol = RM0 (Alhamdulillah, Kuantan takde tol )
3. Maintainance = RM600 setahun. So bahagi 12 sebulan anggaran Rm50 (Kereta baru kena ikut masa service kat Service Center)
4. Insuran+roadtax = RM900 setahun. So sebulan dalam RM90. (ni harga 2019 punya roadtax)
5. Tukar tayar = RM600 untuk 4 tayar. Tukar 2 tahun sekali. So sebulan kos dalam RM30.

Jadi average KOS TERSEMBUNYI yang saya perlu belanja setiap bulan adalah RM370. Yang dikira hanya kos-kos yang boleh dikatakan wajib kita buat, tu tak campur lagi dengan aksesori, kete rosak, lampu terbakar, tukar bateri, tayar pancit. Tu pun nasib baik duduk Kuantan, kalau duk KL confirm lagi tinggi kos.

So total kos yang lebur BELA untuk kereta adalah RM870 (RM500+RM370). Ni pun nasib baik beli Bezza je. Masih dikira bawah kemampuan.

Saya pun baru perasan mende ni bila baca E Book Seminar Bijak Mengurus Wang (BMW) hasil karya Tuan Afyan Mat Rawi. Ni first time saya beli E Book pasal kewangan dan rasa, selalunya cedok ilmu dalam Mr Google dan FB Page je. Ternyata ilmu dalam E Book ni lebih mendalam dan senang faham berbanding menGoogle sebelum ni.

Sape2 yang berminat dengan karya Tuan Afyan Mat Rawi ni boleh tekan link dibawah

eSeminarBMW
eSeminarBMW
eSeminarBMW

Saya sharing bukan kata saya dah apply,
sebenarnya saya sendiri pun baru sedar.

Saya sharing bukan sebab saya Perunding Kewangan,
Tapi sekadar berkongsi ilmu yang baik.

Saya sharing bukan nak kata tak boleh beli kereta,
Tapi belilah kereta mengikut keperluan dan dibawah kemampuan.

Saya taknak bincang pasal kereta ni keperluan atau kehendak,
Sebab ia subjektif. Bergantung kepada individu.
Tepuk poket, tanya income.

Mulai hari ini kena set minda
Jangan berbelanja ikut kemampuan
Tapi berbelanjalah dibawah kemampuan.

Sebab apa??

Sebab akan ada KOS TERSEMBUNYI yang menanti anda

Sekian.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
eSeminarBMW Dari Fb Rahim Mashor Kos untuk menjadi kaya murah…