fbpx

7 Sebab kenapa kita sebenarnya tidak memerlukan pun takaful dan medical card

  • 2Minutes
  • 207Words
  • 101Views

7 Sebab kenapa kita sebenarnya tidak memerlukan pun takaful dan medical card

1. Dapat jimatkan banyak duit

Bayangkan jika kita bayar takaful RM200 sebulan, tapi jika kita tidak langgan, kita boleh jimat RM2,400 setahun. Dalam 10 tahun, kita boleh jimat dan simpan RM24,000. Bayangkan kalau 100 tahun, kita boleh jadi jutawan hanya dengan tidak perlu membayar takaful.

2. Ia hanya menguntungkan ejen dan syarikat takaful

Selama ini, ejen takaful enjoy dan joli guna duit komisen yang kita bayar. Jadi, dengan tidak melanggan takaful, kita dapat mengelakkan mereka daripada berjoli sakan.

3. Kita masih mda hospital kerajaan

Hospital kerajaan kan ada? Kalau sakit, masuklah hospital kerajaan. Jangan kayakan hospital swasta.

4. Takaful itu haram!

Berdasarkan fatwa ulama TikTok, takaful adalah judi dan judi. Jadi, kita perlu menjauhkan diri daripada berjudi kerana ia haram!

5. Kita akan lebih kreatif

Jika kita ditimpa musibah dan tiada perlindungan takaful, sel-sel otak kita akan lebih aktif untuk mencari jalan seperti meminta derma, memohon bantuan orang ramai, pusat zakat, badan kebajikan dan sebagainya.

6. Tawakal yang tinggi kepada Allah

Tanpa medical card dan takaful, tahap tawakal kita kepada Allah akan lebih tinggi. Kita perlu yakin bahawa bantuan Allah akan tiba apabila kita ditimpa musibah.

Asalnya nak tulis 7, tapi 6 ini pun sudah memadai untuk kita menolak takaful.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahukah anda, uruf zakat emas perhiasan di Malaysia sebenarnya berbeza-beza…