fbpx

8 Step Sang Scammer- Bagaimana Scammer Memerangkap Mangsa?

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 449Words
  • 427Views

perangkap scammer

8 STEP SANG SCAMMER

Bagaimana scammer memerangkap mangsa?

STEP 1:
Mereka akan gunakan orang-orang berpengaruh, VVIP, malah juga golongan agama dan ulama untuk mempengaruhi orang ramai.

“Ustaz pun join. Takkan tipu kot?”

“Doktor pun promote. Takkan Doktor tipu?”

“Menteri yang rasmi program ni”

kenali scammer

STEP 2:
Scammer ada banyak duit yang datang daripada sumber orang asing dan mereka tak akan approach direct orang Melayu.

Mereka akan cari orang Melayu yang boleh perlu dalam untuk memerangkap orang Melayu lain.

“Kita nak bantu Melayu!”

STEP 3:
Sang Scammer akan gunakan slogan “bantu Melayu” malah mempergunakan dan menunggang agama untuk mengajak orang ramai menyokong mereka.

Mereka akan guna orang Melayu untuk pengaruhi orang Melayu.

STEP 4:
Sang Scammer akan tawarkan peluang untuk mengubah kehidupan dengan janji-janji manis seperti hidup yang senang tanpa tol, tanpa hutang PTPTN, tanpa perlu fikir harga minyak dan sebagainya.

Akhir sekali mangsa sanggup menyerahkan modal dan menyokong mereka.

“Hari ini masuk RM10, esok boleh jadi jutawan”.

STEP 5:
Akan muncul kumpulan yang menentang Sang Scammer.

Kumpulan anti scammer yang melawan dan membongkar kegiatan Sang Scammer akan difitnah, dihina, dan dikeji sebagai orang jahat, dengki dan irihati dengan mereka.

“Ini semua tak nak tengok orang Melayu maju”

“Dengki la tu”

STEP 6:
Jika Sang Scammer kantoi apabila gagal menunaikan janji, scammer akan menyalahkan pihak lain yang mengganggu urusan bisnes mereka.

Mereka akan salahkan kerajaan, salahkan Bank Negara dan pihak-pihak lain untuk menutup kesalahan mereka.

Kemudian ugut nak saman utk redakan mangsa.

Dalam masa sama mereka akan minta mangsa supaya bersabar.

Dan yang menariknya, mangsa percaya.

“Ini semua salah orang tu sebab dengki”

“Kita akan saman mereka!”

STEP 7:
Apabila kantoi, mangsa-mangsa masih dalam keadaan denial syndrom masih mempertahankan Sang Scammer walaupun terang-terang kena tipu dan kena kencing.

Kebanyakan mangsa masih berharap agar janji-janji manis Sang Scammer ditepati walaupun sudah pun dimungkiri sebab bagi Sang Scammer, janji-janji itu bukannya kitab suci.

Mangsa scammer selalunya tidak mengaku mereka ditipu scammer. Malu woi mengaku kena kencing.

Macam-macam alasan yang akan diberikan untuk menutup kelemahan.

“Takkan melabur RM10 hari ini, esok boleh jadi jutawan?”

STEP 8:
Kepala bapak scammer yang merancang semua ini sedang duduk dan ketawa terbahak-bahak sebab strategi mereka berjaya.

Mereka berjaya mendapat hasil yang mereka idam-idamkan selama ini.

Dalam masa sama mereka berjaya memecahbelahkan mangsa scammer dan pejuang-pejuang anti-scammer.

“Krik, Krik…”

PENGAJARAN:

Jangan percaya Sang Scammer. Walaupun dia mengaku dah insaf, mengalir air mata darah sekalipun. Forgive but not forget.

(Barang siapa yang bersekongkol dengan Sang Scammer pastinya tidak suka status ini dan kepanasan serta tidak mahu like, komen mahupun share status ini)

pembongkaran scammer

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy
Penulis Buku Tersontot Di Pintu Shorga,
Belas Penggiat Anti Scammer yg sudah pencen.

(Follow FB Afyan Mat Rawi utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan)

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Satu lagi mesej saya terima dari seorang rakan FB selepas…