Diam kerana mahkamah, bukan kerana tiada hujah
Selama bertahun-tahun kes mahkamah berlangsung kami terpaksa diamkan diri menulis berkenaan aktiviti Kristianisasi Atomy Co Ltd.
Dan selama itu jugalah ramai yang sertai disebabkan tidak mendapat info berkenaan aktiviti Kristianisasi berkenaan.

Sekarang apabila sudah menang, kami sambung menulis.
Bukan untuk menghentikan mereka yang sudah berada di dalam, tapi untuk memberi kesedaran kepada yang berada di luar.
Sasaran saya bukanlah kepada meraka yakni leader-leader Atomy yang masih tegar di dalam. Jika mereka berubah, ia satu bonus.
Tapi matlamat saya adalah supaya masyarakat awam tahu apa yang dilakukan oleh Atomy Co Ltd, sebelum mereka diajak untuk sertai.
Jika masyarakat sudah sedar dan kemudiannya sertai, kami sudah jalankan tanggungjawab sebaiknya.
Boleh klik hashtag di atas untuk lagi posting berkaitan isu ini
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
