#DramaRamadhanSarah – “Sarah taknak makan. Sarah nak minum je….”,

Drama Ramadhan Sarah (sambungan hari ke-4, semalam)

“Kalau Sarah tak larat puasa, Sarah makanlah”, kata saya.

Bukan untuk menguji, tapi memang ingin membenarkannya.

“Sarah taknak makan. Sarah nak minum je….”, kata Sarah dalam keletihan balik dari sekolah.

Oh anakku Sarah…..

“Semoga Allah permudahkan puasa Sarah”, doa saya di dalam hati.

Tiba di rumah, saya berpesan kepada Sarah;

“Sarah, pergi mandi terus. Biar badan tu segar. Kalau tak larat boleh minum. Lepas tu duduk dalam bilik pasang kipas. Biar segar”, pesan saya.

Risau kalau terjadi apa-apa pada Sarah.

Di rumah jam menunjukkan pukul 4:15 petang, kira-kita setengah jam ke asar. Selalunya saya solat berjemaah bersama anak-anak di rumah atau bawa ke surau berdekatan.

Saya baringkan diri sebentar, melepaskan lelah. Mata sudah agak kuyu.

Sarah datang dan sapa “Ayah, jom solat”

Dalam keadaan mamai-mamai, saya membalas “Ok, jap 5 minit”.

Kemudian “5 minit” berlalu saya terbangun. Jam menunjukkan pukul 6! Aduh!!!!

Tergesa-gesa saya ke bilik air untuk menyegarkan badan dan mengambil wudhuk.

Lalu di bilik anak-anak, mereka sedang membaca buku dan leka bermain, termasuk Sarah.

Rupa-rupanya mereka belum bersolat sebab tunggu ayah “5 minit” tadi.

Keadaan saya ketika itu ibarat Scott Lang / Antman yg terperangkap dalam quantum realm selama 5 jam tapi sebenanrya sudah 5 tahun masa berlalu.

Cuma bezanya saya hanya “5 minit” walhal sudah sejam lebih!

Apapun, Alhamdulillah Sarah terus berpuasa dan ralit bermain sebagaimana dalam gambar.

Ada pemenang tak yang meneka hampir tepat?

Posting semalam rujuk disini

#DramaRamadhanSarah nak ke tukar #DramaRamadhanAyahSarah

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com