Cabaran baharu bersama warga emas dalam Seminar Bijak Merancang Wang 2025
Program terakhir Seminar Bijak Merancang Wang 2025 yang lepas, bersama peserta daripada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Paya Jaras.
Apabila menerima tawaran daripada Amanie Academy untuk mengendalikan satu siri program khas buat warga emas, perasaan saya bercampur baur antara teruja, seronok dan sedikit risau.

Teruja dan bersyukur apabila diberi kepercayaan oleh sebuah syarikat konsultan yang bukan calang-calang, milik Tan Sri Dr Daud Bakar.
Satu penghargaan besar apabila diberi peluang bekerjasama dengan organisasi yang mempunyai reputasi tinggi dalam industri.
Dalam masa yang sama, timbul juga rasa bimbang sama ada saya mampu memenuhi jangkaan yang diharapkan.
Apatah lagi modul Seminar Bijak Merancang Wang yang biasa saya kendalikan selalunya disasarkan kepada golongan berusia 25 hingga 55 tahun.
Kali ini, sasaran peserta adalah warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Satu cabaran yang berbeza dan memerlukan pendekatan yang lebih berhati-hati serta bersesuaian dengan pengalaman hidup mereka.
Alhamdulillah, selesai di PAWE Paya Jaras, yang sebelum itu di PAWE Lembah Pantai
Melihat wajah wajah peserta yang tenang, tersenyum dan kelihatan puas hati, rasa lega dan syukur memenuhi hati.
Nampaknya mesej yang disampaikan dapat diterima dengan baik.
InsyaAllah, program ini akan diteruskan di beberapa lokasi lain selepas ini.
Terima kasih kepada Dr Yasmin atas kepercayaan, tawaran dan peluang yang sangat bermakna ini.
Sekiranya ada mana mana pihak yang berminat untuk menjemput program ini, boleh PM tepi ![]()
P/S: Satu je yang saya risau jika berprogram dengan warga emas ni, takut ada yang nak jadikan menantu.
Lariiik!
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
