fbpx

Bukan Semua Medical Card Cover Covid-19

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 321Words
  • 399Views

Akhir-akhir ini ramai yang bertanyakan saya sama ada medical cardnya cover tak untuk penyakit Covid-19.

Secara umumnya, apabila namanya penyakit jangkitan virus, kebanyakan medical card akan cover.

Namun dukacita saya ingin maklumkan, ada beberapa jenis medical card yang tidak cover penyakit Covid-19.

Ia juga tidak cover penyakit Influenza yang heboh sebelum itu. Mungkin ada yang tak perasan.

Tuan-Puan boleh semak sendiri untuk memastikan kesahihan maklumat ini.

Serba salah juga saya nak kongsikan sebab saya tahu agak ramai juga sebenarnya yang mempunyai polisi medical card seperti ini.

 

Senarai polisi medical card yang tidak memberi perlindungan

Akhir-akhir ini ramai yang bertanyakan saya sama ada takaful dan medical cardnya cover tak untuk penyakit Covid-19.

 

Berikut adalah senarai medical card dan polisi takaful yang tak cover Covid-19:

  1. Medical card & takaful yang masih dalam tempoh menunggu. Selalunya 30 ke 120 hari selepas sign up.
  2. Medical card & takaful yang dah habis tempoh matang.
  3. Medical card & takaful yang masih dalam bentuk quotation
  4. Medical card & takaful yang dah lama tak bayar
  5. Medical card & takaful yang dah lapse
  6. Medical card & takaful yang dah bertangguh lama nak ambil
  7. Medical card & takaful yang orang lain punya
  8. Medical card & takaful anak tapi parent tak ada
  9. Medical card & takaful yang tunggu nak bincang dengan isteri
  10. Medical card & takaful & takaful yang tunggu nak compare dulu dengan kompeni lain
  11. Medical card & takaful yang tiap-tiap bulan tunggu hujung bulan baru nak sign up
  12. Medical card 3 & takaful kompeni lama tapi sekarang dah tak kerja situ
  13. Medical card & takaful yang kau sembang nak ambil tapi bila ejen follow up, kau bagi blue tick
  14. Polisi takaful kereta. Sah-sah la tak ada medical card
  15. Medical card & takaful yang…. (Boleh tambah. Komen terbaik saya tambah)
Jadi, tolong semak polisi masing-masing.
Kalau ada lagi jenis medical card yang tak cover, boleh bagi komen. Komen terbaik saya akan tambah. Hoho!

 

 

Sumber dari FB Ayan Mat Rawi,IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Video ini saya dari FB Public Health Malaysia tentang konspirasi…