Mengapa kad kesihatan perlu dalam bahasa lain jika bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan?

Apabila melihat penjelasan isu viral berkenaan kad peringatan kesihatan dalam bahasa Cina ini, memang boleh faham kenapa ia diperlukan.

Dalam soal kesihatan, perkara paling penting ialah pesakit faham arahan rawatan.

Kalau melibatkan ubat, dos, alergi atau penyakit kronik, salah faham bahasa boleh membahayakan nyawa.

Sebab itu kad seperti ini diwujudkan.

Mereka tidak mahu bahasa menjadi penghalang kepada keselamatan pesakit.

Dan ini juga bukan benda baru berlaku sekarang.

Sudah lama berlaku.

Jadi isu ini sebenarnya bukan salah KKM, bukan salah doktor dan bukan isu zaman PMX semata-mata.

Tetapi dalam masa sama, ada satu persoalan yang agak sukar untuk dielakkan.

Kenapa selepas lebih 60 tahun merdeka, masih ada rakyat Malaysia yang langsung tidak boleh memahami atau membaca bahasa Melayu?

Sedangkan bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara ini.

Ini bukan soal membenci bahasa lain.

Malaysia memang negara berbilang kaum dan berbilang bahasa.

Bahasa ibunda memang wajar dipelihara.

Tetapi agak pelik apabila bahasa kebangsaan sendiri masih tidak dapat difahami oleh sebahagian rakyat walaupun sudah puluhan tahun hidup di negara ini.

Sebab itu isu ini sebenarnya lebih besar daripada sekadar sekeping kad peringatan kesihatan.

Ia menyentuh soal integrasi, pendidikan dan identiti nasional.

Dan semua itu boleh dibincangkan secara matang tanpa perlu marah-marah atau menghina sesiapa.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Add a Comment