fbpx

Ada ejen QM sentap saya emelkan kepada BNM

  • 5 days ago
  • 3Minutes
  • 474Words
  • 15Views

Inilah masalah geng-geng ejen QM.

Dah terang-terangan salah, masih lagi nak salahkan orang lain yang bongorkan kesalahan.

Saya sengaja malas nak tutup profil sebab individu yang sama sebelum ini mempertahankan promosi misleading ejen QM atas nama kreativiti.

Tiba-tiba pula kali ini buat tuduhan:

“if u ikhlas, email ke HQ QM dulu baru emel ke BNM”

Aik? Saya pula yang dikatakan tidak ikhlas kerana tak emel kepada HQ QM?

Walhal isu utama ialah ejen tersebut melakukan percubaan menipu menggunakan nama BNM.

Individu yang sebarkan perkara tersebut sampai ke sudah tidak pun membuat pengakuan bahawa itu adalah penipuan.

Malah tak nampak lagi mana-mana leader QM yang membuat teguran terhadap penulisan flow tersebut. Jika ada kongsikan link di ruangan.

Katanya saya tak ikhlas sebab tak emel kepada HQ QM.

Untuk makluman Sdar, sebelum ini saya pernah emel kepada QM untuk adakan sesi live terbuka berkenaan isu patuh syariah, namun sampai sekarang tiada jawapan.

Daripada bulan April 2023 hingga sekarang sudah dekat setahun saya berulang-kali emel dan emel dan emel, namun sampai ke sudah tak ada jawapan.

Jadi, apa yang hendak diharapkan sekiranya saya emel perkara ini kepada HQ QM?

Jelas sekarang flow withdrawal yang dikatakan perlu melalui pengesahan BNM itu jelas satu penipuan oleh ejen QM. Itu isu utama.

Dan ia bukan kali pertama berlaku misleading sebegini rupa.

Inilah masalah instrumen pelaburan yang di luar kawalan regulator, seperti emas, hartanah dan sebagainya.

Apabila berlaku penipuan, sukar sekali untuk diambil tindakan oleh regulator.

Sama macam kes peguam menipu dalam urusan pelaburan hartanah, ia di luar bidang kuasa Suruhannya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.

Sekiranya ia berlaku dalam industri yang regulated seperti unit trust, pasaran saham, dan seumpamanya, sekiranya berlaku perkara sebegini, dengan mudah sahaja ejen / broker / MR / FPR yang dilesenkan akan diambil tindakan selepas cukup bukti sebegini rupa.

Dia juga tak puas hati sebab kononnya saya “bash” QM dan promosi bisnes emas kompeni lain.

Bro, saya menulis tentang QM ini sebelum saya aktif mempromosi emas lagi. Baru beberapa bulan saya aktif mempromosi KAB Gold.

Saya baru sahaja aktif mempromosi KAB Gold sejak Ogos 2023. Tapi saya memberi pandangan tentang QM sejak tahun 2021 lagi.

Saya mendaftar dengan QM jauh lebih awal daripada saya aktif mempromosi KAB Gold.

Jadi tak ada kaitan sangat pun saya buat untuk mempromosi emas.

Lagipun selama ini ejen-ejen QM “bash” instrumen kewangan lain seperti ASB, tak jadi isu pula?

Tak timbul isu keikhlasan? Tak ada pula isu bias?

Malah saya pernah berhasrat untuk mempromosi QM beberapa tahun lepas lagi tapi apabila timbul keraguan dan persoalan yang tidak mendapat jawpan memuaskan, maka saya batalkan hasrat tersebut.

Kepada mana-mana ejen QM tak puas, kalau tak cukup ilmu lebih baik tak menulis di sini.

Semakin banyak anda menulis, semakin banyak kebobrokan akan terdedah. Tapi jika nak menulis juga, silakan. Saya takkan padam dan blok selagi mana menggunakan akaun profil original.

Buat publik yang menilai.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tempoh hari ada seorang netizen kongsikan tentang peluang pelaburan Durian…