fbpx

Agihan keuntungan TH tahun 2021

  • 2 years ago
  • 7Minutes
  • 1210Words
  • 349Views

Alhamdulillah. Bercukurlah!

Lebih rendah daripada zaman TH dulu-dulu-dulu-dulu

Tapi ia lebih tinggi daripada FD. Zakat simpanan pun dah tak perlu bayar.

Biasanya selepas diumumkan keuntungan TH, akan muncul komen-komen politik kepartian mempertikaikan kenapa pulangannya sedikit. Ia berlaku sejak zaman BN, kemudian zaman PH dan kini zaman PN.

Saya memang simpan di TH sejak dari zaman BN, PH, PN, walaupun ketika kontraversi-kontraversi yang melanda TH sebelum ini.

Dan biasanya akan ada ejen-ejen produk kewangan membandingkan pulangan dengan produk mereka. Atau pun ada yang membandingkan dgn pelaburan-pelaburan lain yang ada seperti unit trust, saham, Kripto, hartanah, emas, NFT dan sebagainya. Biarlah perbandingan apple to apple, bukan apple to lemon atau Apple to Samsung 🤣

Yang paling lucu apabila ada yang membandingkan dengan takaful atau membandingkan dengan berniaga produk. Langsung tak masuk akal. Itu ibarat membandingkan epal dengan cipan atau epal dengan nasi beriani.

Setiap produk ada ciri tersendiri. Tak ada yang sempurna. Tak ada yang sentiasa memberi pulangan tinggi.

Kalau nak bandingkan, bandingkan semua ciri bukan bandingkan satu dua ciri yang kita utamakan sahaja.

Selepas lakukan itu, barulah kita nampak the big picture dan ambil tindakan berdasarkan gambaran besar itu. Bukan hanya maklumat yang disampaikan oleh ejen / upline yang mempromosi produk semata

Saya selesa bersama Tabung Haji atas beberapa ciri ini.
1. Modal selamat, tidak ada risiko duit hilang.
2. Ada keuntungan setiap tahun tanpa perlu bekerja keras.
3. Tak perlu lagi bayar zakat simpanan.
4. Mudah cair.

Ya, saya memang selesa sejak dulu untuk menyimpan di TH.

Malah dalam kebanyakan kes yang saya jumpa, wang simpanan yang kita ada lebih baik kekal sahaja di TH berbanding ia dikeluarkan dan kemudian dilaburkan di tempat yang kita tak ada ilmu mengenainya.

TH adalah tempat untuk membuat simpanan, bukan untuk pelaburan.

Ia tempat selamat untuk memastikan modal berkekalan biarpun naik turun pasaran, hampir sama dengan ASB.

Ia jauuuuuuh lebih baik daripada skim-skim mengarut too good to be true yang approach pakcik makcik di kampung untuk keluarkan duit Tabung Haji untuk melabur ke dalam skim mereka. Orang bandar dan cerdik pandai juga tidak terkecuali terjebak dengan skim sebegini apabila menganggap pulangan Tabung Haji tidak menguntungkan.

Pulangan ini juga lebih baik sedikit berbanding pelaburan-pelaburan ekuiti ke pasaran saham yang banyak juga negatif untuk tahun 2019.

Jika tidak puas hati dengan pulangan TH, yang perlu ditukar bukannya tempat duit kita disimpan, tapi mindset kita tentang simpanan dan pelaburan.

Apabila sebut tentang simpanan, ia tidak berisiko dan modal kekal, tapi jangan berharap pulangan yang tinggi.

Apabila sebut tentang pelaburan pula, memang ada potensi untuk berikan pulangan tinggi, tapi ia datang dengan risiko. Potensi untung dan risiko rugi adalah pakej kembar yang datang bersama-sama dengan mana-mana pelaburan.

Nak untung besar tapi tak nak rugi? Memang hampir mustahil wujud. Jika ada mana-mana pihak yang promote skim pelaburan sebegitu, bisikkan kepadanya 2 patah perkataan ini; “Innalillah” dan #nerakawang kemudian lari sejauh 100kmj kemudian duduk sejenak dan fikirkan masak-masak sebelum ambil keputusan untuk melabur.

Mindset “nak untung besar tapi tak sanggup rugi“ inilah yang menyebabkan ramai yang terjebak dengan skim-skim mengarut.

Jadi, kena betulkan mindset kita sebelum pertimbangkan untuk mengalih wang dari Tabung Haji ke instrumen lain.

Orang yang mempromosi sebarang jenis pelaburan, sudah tentu akan tunjukkan pulangan yang muluk-muluk sahaja.

(Ini juga muhasabah dan peringatan untuk saya sendiri dan team yang membangunkan ejensi yang mempromosi produk pelaburan)

“Pulangan 100% dalam masa sehari”. Kemudian ajak orang lain melabur atau ajak datang program. Kalau betullah orang yang mempromosi “pulangan 100% dalam masa sehari”, tak perlu dah ajak orang lain melabur. Cukup untuk diri sendiri melabur di situ, tak payah susah-susah buat promosi atau anjurkan program yang perlukan kos lain pula.

Dalam banyak situasi, saya berani katakan, sebenarnya kekal wang anda di TH adalah jauuuuuuuuh lebih baik berbanding kita keluarkan ke mana-mana instrumen lain, tanpa persediaan ilmu.

Majoriti rakyat Malaysia, masih rendah literasi kewangan.

Buktinya boleh lihat statistik jumlah simpanan rakyat Malaysia, jumlah KWSP rakyat Malaysia, kadar muflis di kalangan orang muda Malaysia dan sebagainya.

75% rakyat Malaysia tak ada simpanan, hatta RM1,000 jika berlaku kecemasan.

60% pencarum KWSP habiskan wang tabungan KWSP dalam masa 3 tahun selepas pencen.

60% orang yang diisytiharkan muflis adalah dari golongan muda.

80% yang keluarkan duit KWSP untuk pelaburan, dapat pulangan sama atau lebih rendah dari pulangan KWSP.

Itu hanya sebahagian statistik tentang literasi kewangan rakyat Malaysia.
Tak masuk lagi statistik rakyat Malaysia kena sontot.

Kita tak mampu pun nak ubah pulangan TH supaya jadi 10‰ . Ubah kerajaan pun kita dah buat. Bukan sekali tapi dah 2, 3 kali ubah! Tak sampai 2 tahun lagi pun akan berubah lagi kerajaan kita ni.

Sebelum ini nampak macam lompat dari mulut Hydra ke mulut Thanos. Sekarang dah tukar kepada Hydra balik yang sedang berpakat dengan Loki konco-konco Thanos yang belot. Yang faham tu faham la ya.

Nak tak nak, kena tambah ilmu. Ia perkara yang kita boleh kawal. Bukan tukar dari ASB atau Tabung Haji ke instrumen lain dulu. Bukan tanya nak invest dekat mana.

Analogi mudah macam ni la. Antara kereta Viva dan kereta racing, mana lagi laju? Sudah tentu kereta racing. Nama pun racing. Tapi kalau kereta racing tu diberi kepada orang yang baru belajar naik basikal, berapa jauh dia ia boleh pergi? Berbanding dengan kereta Viva, dibawa oleh Michael Schumacher, berapa jauh ia boleh pergi?

Agak-agak kalau Viva diberi kepada Michael Schumacher, lumba dengan kereta racing dipandu oleh budak yang baru belajar naik basikal, siapa menang?

Tuan-Puan boleh agak apa jawapannya.

Sama la juga macam instrumen-instrumen kewangan yang ada di Malaysia. Ada ASB, ada unit trust, ada saham, ada hartanah, dan macam-macam jenis pelaburan yang lebih kompleks seperti ETF, sukuk, deriavatif dan segala macam mak nenak jenis pelaburan yang kalau sebut pun mungkin ada yang tak pernah dengar. Lepas tu pula muncul pelaburan menggunakan teknologi blockchain seperti Bitcoin, Kripto, NFT dan bermacam lagi. Setiap satu ada risiko dan kos tersendiri.

Jadi, bukan instrumen / produk / alat kewangan yang kita kena ubah dahulu.

Dulu kita salahkan Najib. Najib dah jatuh. Sekali dengan ASB, TH, KWSP terus jatuh lepas beliau jatuh.

Kemudian kita salahkan Lim Guan Eng sebab tak pandai jadi urus kewangan negara. Kita salahkan Azmin sebab tak pandai jaga ekonomi. Kita salahkah Mujahid sebab tak pandai jaga Tabung Haji. Kemudian semua sekali jatuh.

Lepas tu kita juga dah salahkan Muhyidin Yassin. Dah jatuh dah Abah tu.

Nak salahkan siapa pula selepas ini? Ismail Sabri? Tengku Zafrul? Alif Syukri? Neelofa? Iron Man? Thanos? Black Panther? Covid-19?
Kalau betul mereka bersalah, apa boleh kita buat? Nak ubah?

Ya, perubahan perlu dibuat. Tapi siapa?

Sebenarnya, ada satu benda yang kita boleh ubah dengan segara.

Ubah tabiat dan habit kewangan kita.

Kita boleh ubah buku yang kita baca. Kita boleh ubah akaun FB siapa yang kita nak follow dan see first.

Antaranya FB ini. Ehem, ehem.

Semua tu tak perlu modal dan kos besar pun.

Saya tulis panjang-panjang ni, baca sampai habis tak? Kalau betul baca, cuba turunkan komen dan share.

Kalau malas baca semua, baca summary tulisan saya ni;

1. Nak ubah pulangan TH? Tak boleh.
2. Jadi, kita kena ubah mindset dengan tambah ilmu kewangan.
3. Lepas mindset berubah, maka tindakan pun akan berubah.
4. Apabila tindakan berubah, maka hasil pun akan berbeza.
5. Kita tak boleh nak ubah pulangan TH, tapi kita ada peluang utk dapatkan pulangan yang lebih tinggi dari TH.

Mulakan dengan ILMU.
Dan janganlah expect, hari ni belajar ilmu, esok lusa dapat untung riban-riban?

Takkanlah hari ini kahwin, esok dapat anak? Eh…

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hibah Takaful Rupa-rupanya masih ramai yang terkeliru dengan "hibah takaful".…