fbpx

MRTT coverage berapa lama?

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 320Words
  • 938Views

Pengalaman saya berurusan dengan pelanggan yang membeli rumah dan melanggan MRTT, 9 daripada 10 orang tidak mempunyai coverage MRTT mencukupi untuk baki hutang rumah.

Selalunya berlaku daripada salah satu daripada situasi berikut.

1. Jumlah coverage lebih rendah daripada jumlah hutang.
2. Tempoh coverage lebih pendek daripada tempoh hutang.

Kenapa ia berlaku?
Selalunya disebabkan bajet dan kemampuan kewangan, dalam masa sama pelanggan nak segera selesai proses jual beli rumah.

Selalunya pelanggan sudah keluarkan banyak kos-kos awal seperti deposit, kos peguam, kos valuation, SNP dan sebagainya. Jadi apabila untuk MRTT, bajet sudah makin kurang, maka pembeli melanggan MRTT cukup syarat financing diluluskan dan mungkin dimasukkan sekali dalam hutang rumah dan menjadikan ansuran tinggi sedikit.

Apa kesannya?
1. Jika coverage lebih rendah daripada jumlah hutang, sekiranya berlaku kematian atau lumpuh , hutang masih tak dapat dilangsaikan. Pembeli atau waris masih perlu bayar baki hutang untuk memindah milik rumah tersebut daripada bank.

3. Jika tempoh coverage lebih pendek, apabila polisi MRTT tamat maka tidak ada coverage walaupun tempoh hutang masih berjalan. Jadi, pelanggan atau waris tidak dapat apa-apa pampasan sekiranya berlaku kematian atau lumpuh dalam tempoh hutang selepas tamat tempoh MRTT.

Apa alternatif yang ada?
Langgan takaful, tapi jangan letak penama hibah untuk bayar baki hutang.
Jika letak penama hibah, waris yang menerima hibah tersebut tak wajib bayar hutang itu dan bank pun tidak boleh tuntut kerana ka “creditor proof”
Sepatutnya buat penamaan biasa atau kedua-dua penamaan hibah dan penamaan biasa dalam polisi takaful. Ia bertujuan supaya waris yang menerima pampasan tersebut dapat asingkan yang mana untuk hibah, dan yang mana menjadi pusaka. Wang pampasan yang menjadi pusaka boleh digunakan untuk bayar hutang.

Atau boleh juga attachkan dengan absolute assignment. Ini lebih kukuh kerana ada agreement antara syarikat takaful, bank dan pelanggan untuk syarikat takaful menyerah hak pampasan kepada bank untuk langsaikan hutang pelanggan.

IKLAN: Bukubmw.com <——- Belajar ilmu-ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang

BukuBMW.com
BukuBMW.com
BukuBMW.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah. Bercukurlah! Lebih rendah daripada zaman TH dulu-dulu-dulu-dulu Tapi ia…