Akaun 3 KWSP wajib zakat? Ramai tak tahu!
Tahukah anda, Akaun 3 KWSP wajib dikenakan zakat setiap tahun jika cukup haul dan nisab?
Ini berbeza dengan Akaun 1 dan Akaun 2, yang hanya dikenakan zakat selepas boleh dikeluarkan.
Untuk rekod, KWSP kini mempunyai 3 jenis akaun:
1. Akaun Persaraan – Dahulu dikenali sebagai Akaun 1, untuk simpanan hari tua.
2. Akaun Sejahtera – Dahulu Akaun 2, untuk keperluan kitaran hayat semasa persaraan.
3. Akaun Fleksibel – Akaun baru yang boleh dikeluarkan bila-bila masa untuk keperluan jangka pendek.
Disebabkan Akaun 3 ini boleh dikeluarkan tanpa sekatan, ia dianggap sebagai milik sempurna pencarum. Oleh itu, ia wajib dizakatkan seperti wang tunai dalam simpanan, jika cukup nisab dan haul.

Ramai yang baru tahu tentang perkara ini, termasuk saya. Jadi, jika ada simpanan dalam Akaun 3, jangan lupa tunaikan zakat!

Boleh rujuk screenshot atau detail dadi website E-Zakat pleh Zakat Selangor
Zakat adalah salah satu topik yang terkandung dalam modul Akademi Bijak Merancang Wang #AkademiBMW
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran