fbpx

Anak muda: Antara Axia vs Bangsa H

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 262Words
  • 323Views

Anak muda yang pakai kereta Bangsa H akan nampak lebih kaya daripada yang pakai kereta Axia.

Tapi praktikal dan realitinya dalam akuan bank, mereka yang pakai Axia akan ada lebih banyak simpanan berbanding yang pakai Bangsa H.

Ingat, kos membeli kereta bulan sekadar ansuran bulanan. Kena bayar duit petrol, parking, car wash, servis, maintenance, minyak hitam, takaful, road tax dan sebagainya.

Kalau dapat naik public transport, lagi bagus dan banyak jimat. Tapi kalau “terpaksa” juga pakai kereta, belilah kereta jangan lebih setahun gaji. Lagi rendah lagi bagus.

Dengan formula 12 bulan gaji bersamaan harga kereta, RM22,000 ini sungguh sesuai untuk anak muda yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah.

Jadi, ini adalah baik untuk anak muda yang baru bekerja.

Jika nak simpan duit banyak, pakailah Axia.

Panduan ini untuk mereka yang nak kaya dan kumpul harta, pakailah Axia ini supaya ada duit lebih setiap bulan untuk beli aset.

Tapi bagi mereka yang suka sangat beli kereta mahal supaya dapatkan kayakan salesman kereta, banker, tak payah follow dan boleh swipe cepat-cepat supaya tak koyak.

Anak muda yg bergaji RM2,000, jika pakai Axia akan lebih kaya daripada yang pakai Bangsa H dengan gaji yg sama.

Jangan malu pakai kereta murah. Jutawan-jutawan pun pakai kereta murah je.

Kisah-kisah jutawan ini saya ada kongsikan dalam buku terbaru saya bertajuk Financial Independence Retire Early a.k.a F.I.R.E

Dalam buku ini dikongsikan 7 langkah demi langkah bagaimana mengumpul harta untuk mencapai FIRE dan 9 mindset dan habit kewangan untuk membentuk identiti FIRE.

Detail dan tempahan silaklik di link ini BukuFIRE.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ada seorang ejen takaful komen di posting saya, katanya dia…