fbpx

Analisis “Datuk Nikah Kahwin”

Analisis ringkas watak “Datuk Nikah Kahwin”

Bijaknya P.Ramlee menceritakan ragam rakyat Malaysia.

Jika anda menonton filem P.Ramlee berjudul Musang Berjanggut, watak Datuk Nikah Kahwin yang dilakonkan oleh Mustarjo merupakan watak yang paling menarik tumpuan dan mencuri tumpuan.

Dalam plot cerita ini, beliau diandaikan sebagai seorang Menteri Agama, berwatak ulamak, mufti atau ustaz yang cekap dalam bidang agama. Ini dibuktikan dengan penampilannya yang memakai serban, berjubah dan berjanggut.

Beliau adalah simbolik utama bagi tajuk cerita tersebut yakni “Musang Berjanggut”. Babak yang paling tersohor sekali ialah apabila beliau cuba menyelinap masuk ke rumah Puspawangi (lakonan Saadiah) dan cuba menggoda isteri kepada Tun Nila (lakonan P.Ramlee) walaupun beliau tahu akan hukum hakam agama dan haramnya perbuatan tersebut.

Dialog itu antaranya berbunyi:
PUSPAWANGI: “Kanda Datuk Nikah Kahwin, salah atau tidak jikalau seorang lelaki masuk ke rumah perempuan ketika suaminya tiada di rumah?”

DATUK NIKAH KAHWIN: “Oh!, itu salah! Salah Besar!”

PUSPAWANGI: “Kalau begitu, kanda ni pun salah lah?”

DATUK NIKAH KAHWIN: “Salah jugaklah, tapi itu tak jadi apa. Sebab undang-undang dalam negeri ni kanda yang bikin. Itu semua boleh padam”.

Babak ini jelas menunjukkan yang Datuk Nikah Kahwin ialah Musang Berjanggut. Musang sering dikaitkan dengan binatang yang pandai berpura-pura dan berhelah.

Ibarat kata pepatah Melayu, “Seperti musang berbulu ayam”. Dan berjanggut pula seringkali dikaitkan dengan orang agama atau alim.

Namun dalam cerita ini, P.Ramlee memberitahu kita bahawa orang ugama (ulamak ataupun ustaz) pun boleh berpura-pura dengan penampilan fizikal tetapi korup pada tahap tertinggi. Ia jelas menunjukkan ujian terkuat seorang pemimpin yang berugama datangnya dengan KUASA, HARTA dan WANITA.

Iannya mampu memperlihatkan sifat, watak dan perangai atau kekorupan sebenar seseorang itu. Apabila undang-undang dan kuasa sudah berada di tangan, mereka boleh berbuat apa saja.

Cuba anda bandingkan dengan zaman ini, apakah yang diceritakan oleh P.Ramlee itu benar-benar terjadi pada zaman ini?

Jadi tidak hairanlah jika orang yang di gelar alim bercakap tentang tanggung jawab dan amanah akhirnya ponteng untuk hadir sidang parlimen meskipun beliau di berikan mandat oleh rakyat yang mengundi beliau untuk ke Parlimen.

Itu hanyalah suatu contoh malah banyak lagi contoh yang Tuan/Puan boleh fikirkan.

Sumber: FB Friend Of PARTI AMANAH NEGARA

P. Ramlee memang genius!

Dari FB Afyan Mat Rawi

WP2FB Auto Publish Powered By : XYZScripts.com