fbpx

Apa hukum isteri melanggan hibah takaful untuk suami tanpa keizinannya?

  • 9 months ago
  • 3Minutes
  • 476Words
  • 649Views

Apakah hukum isteri langgan polisi suami sbg org dilindungi tanpa keizinannya, dgn hibah atas nama isteri dan dibayar oleh isteri?

Sebenarnya persoalan ini diajukan kpd saya semalam. Panjang lebar mesej yg masuk, detail di sini

“Assalamualaikum Tuan Afyan yang saya hormati.

Saya salah seorang follower tuan dekat tiktok,twitter & facebook.

Saya suka sharing tuan berkenaan takaful. Sebagai seorang ejen yang baru setahun jagung dalam dunia takaful, boleh tak saya nak mintak ilmu/pendapat berkenaan hibah?

Ok situasi dia macam ni.

Isteri ambikkan hibah untuk suami. Tanpa izin dan pengetahuan suami. Suami orang yang dilindungi,isteri pula peserta dan penerima hibah.

Hibah adalah hadiah. Dan dalam konsep hibah,perlu ada pemberi,hadiah, dan penerima.

Kalau berlaku sesuatu kepada suami,sah ke akad tu? Apa hukum dia isteri terima pampasan hibah tu? Sebab suami tak tahu pun dia adalah pemberi hibah.

Dah macam tak complete. Hadiah ada,penerima ada. Tapi pemberi takde.

Sebab banyak kes yang isteri buat hibah untuk suami diorang senyap2. Sebab suami tak izinkan. Senang cerita takde awareness.Walaupun si isteri membayar guna duit dia sendiri.

Jadinya bab hukum ni,saya perlu tanya dekat orang yang lebih arif. Saya tak pasti kalau tuan penah buat posting pasal ni.”

Ini jawapan saya:

Isu ini berlaku apabila isteri mempunyai kesedaran untuk melanggan hibah takaful sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang musibah ke atas suami di kemudian hari.

Namun, suami pula tidak mempunyai kesedaran tersebut dan tidak memberi keizinan.

Lantas isteri melanggan tanpa izin suami, dengan meletakkan nama suami sebagai orang dilindungi dan namanya sebagai penama hibah takaful tersebut.

Untuk mencapai tujuan tersebut, memandangkan suami tidak memberi keizinan, isteri pasukan tanda tangan suaminya.

Ia sebenanrnya memberikan implikasi undang-undang dan syariat.

By right, memalsukan tanda tangan adalah salah di sisi undang-undang sivil dan tidak patuh syariah.

Maknanya polisi berkenaan tidak sah ab initio, bermaksud ia adalah tidak sah sejak daripada awal ia ditandatangani lagi.

Bermakna, sekiranya pihak syarikat takaful mengetahui bahawa ia dipalsukan, memang kontrak berkenaan akan dibatalkan.

Tapi bagaiamanakah syarikat akan tahu? Timbul persoalan ini.

Isteri yang melalukan perbuatan tersebut saya pasti mempunyai niat yang tulus iaitu persediaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap suami.

Saya yakin isteri berkenaan bukanlah mahu suaminya meninggal dunia, tapi untuk memastikan kelangsungan hidup ke atas diri dan anak-anak seandainya ia berlaku.

Ia bukan satu perkara yang mudah, kerana isteri isteri perlu menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan suami bertahun-bertahun sebelum polisi tamat atau suami meninggal dunia.

Ia mungkin setahun, dua tahun, 10 tahun, 20 tahun, dan seterusnya….

Sanggup dan mampukah si isteri melakukannya? Wallahua’lam

Sudah tentu jalan yang paling bagus ialah isteri memujuk suami untuk memberi keizinan melanggan polisi takaful tersebut.

Bab hukum saya serahkan kepada pakar muamalat untuk menjawabnya.

Kepada para suami yang tidak mengizinkan isteri melanggan takaful, pastikan tinggalkan harta yang secukupnya untuk anak isteri sekiranya meninggal dunia. Dan pastikan hutang dilangsaikan sebelum meninggal dunia.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Terbaca satu screenshot Twitter. Kerja di sebuah syarikat GLC selama…