fbpx

Apa usahawan boleh belajar kumpulan KRU

  • 5Minutes
  • 822Words
  • 13Views

APA USAHAWAN BOLEH BELAJAR KUMPULAN KRU

Kumpulan KRU kembali membuat kejutan dengan konsert “terakhir” mereka GenakRu yang membakar semula semangat peminat mereka sejak era 90-an.

Meskipun mereka sudah tidak aktif sebagai artis sepenuh masa, konsert tersebut membuktikan satu perkara penting. Jenama KRU masih kukuh, dan nilai nostalgia yang mereka cipta selama ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu legasi.

Apa yang usahawan boleh belajar daripada kejayaan mereka?

1. KONSISTEN BERTAHAN WALAU DUNIA BERUBAH

KRU bermula pada era kaset, survive zaman CD dan VCD, dan masih disebut dalam zaman TikTok.

Walaupun industri muzik silih berganti, mereka kekal relevan kerana sentiasa menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan citarasa.

APA YANG USAHAWAN BOLEH BELAJAR?

Sebagai usahawan, jangan selesa dengan satu model sahaja. Dunia berubah, pelanggan berubah, teknologi berubah. Kita juga mesti berubah.

2. BANGUNKAN JENAMA, BUKAN SEKADAR PRODUK

KRU bukan sekadar menjual lagu. Mereka bangunkan jenama hiburan.

Daripada muzik ke filem, daripada studio ke animasi, mereka kembangkan pengaruh dan kepakaran ke pelbagai cabang industri.

APA YANG USAHAWAN BOLEH BELAJAR?

Usahawan juga perlu fikir jauh. Jangan hanya fokus jual barang. Bina jenama, bina cerita, bina kepercayaan.

3. BISNES KELUARGA JUGA BOLEH PERGI JAUH

Selalunya kita dimomokkan bahawa bisnes keluarga susah untuk kekal lama, tapi KRU buktikan sebaliknya.

Mereka buktikan bahawa dengan kepercayaan dan pembahagian tugas yang jelas, bisnes berasaskan keluarga boleh pergi jauh.

Contoh lain bisnes keluarga yang berjaya termasuk;

– Mydin yang bermula sebagai kedai kecil dan kini menjadi pasar raya Muslim terbesar.

– Yusuf Taiyoob dari pengedar kecil menjadi jenama kurma tersohor di Asia Tenggara.

– Sate Kajang Hj Samuri kekal menjadi sate nombor 1 rakyat Malaysia.

APA YANG USAHAWAN BOLEH BELAJAR?

Kuncinya ialah kepercayaan, komunikasi, dan kesatuan visi. Sebuah keluarga yang punya ikatan dar@h sepatutnya lebih mudah ia dilaksanakan.

4. TAHU PERANAN MASING-MASING DALAM PASUKAN

Norman fokus strategi dan bisnes. Edry mahir dalam penciptaan muzik. Yusry pula menguasai aspek visual dan pengarahan.

Mereka saling melengkapi, bukan berebut peranan.

APA YANG USAHAWAN BOLEH BELAJAR?

Dalam bisnes, kenali kekuatan ahli pasukan. Jangan semua mahu jadi ketua. Ada yang perlu jadi perancang, ada yang jadi pelaksana, ada yang jadi wajah kepada jenama.

5. KUASA KOMUNITI LEBIH KUAT DARIPADA FOLLOWER

Follower media sosial KRU tidaklah begitu ramai berbanding selebriti generasi baharu.

Boleh semak jumlah followers KRU, Norman, Yusri dan Edry. Jumlah followers mereka jauh ketinggalan berbanding artis-artis baru dan influencer popular.

Tetapi mereka tetap berjaya menarik ribuan peminat ke konsert, termasuk yang sanggup datang dari luar negara.

Ini membuktikan bahawa engagement sebenar tidak bergantung pada jumlah follower semata-mata, tetapi kekuatan komuniti, hubungan emosi, dan nilai kepercayaan yang dibina bertahun-tahun.

APA YANG USAHAWAN BOLEH BELAJAR?

Usahawan perlu fokus membina kepercayaan, bukan semata-mata angka. Follower boleh dibeli, tetapi kesetiaan tidak boleh dibuat-buat.

6. STRATEGI UNDUR DAN COMEBACK

KRU pernah mengumumkan pembubaran. Tetapi kemudian mereka kembali dengan konsert besar-besaran.

Itu bukan kebetulan. Itu strategi. Tak mustahil 5-6 tahun lagi akan ada lagi konsert terakhir mereka.

APA YANG USAHAWAN BOLEH BELAJAR?

Usahawan juga perlu tahu bila perlu berhenti seketika. Muhasabah. Susun semula kekuatan. Dan kembali dengan impak yang lebih besar.

7. JUAL EMOSI, BUKAN SEKADAR PRODUK

Konsert KRU bukan sekadar persembahan lagu.

Ia menjual kenangan zaman remaja, semangat berkumpulan, dan emosi nostalgia yang membuatkan orang sanggup beli tiket premium.

GenKru turut mengundang Adam, Elite, Feminin malah juga Abon yang betul-betul mengimbau kenangan dan menyentuh emosi.

Jika artis-artis lain sempat menyumbang lagu, tapi Abon hanya beberapa minit “menyumbang” pun memberi impak besar memori childhood masing-masing.

APA YANG USAHAWAN BOLEH BELAJAR?

Produk boleh dilupakan. Tetapi emosi yang disentuh akan diingati sampai bila-bila.

8. BERANI JADI PELOPOR

KRU ialah pelopor muzik R and B dan hip hop Melayu ketika ramai masih selesa dengan genre jiwang.

Visual mereka futuristik. Konsep mereka lain daripada yang lain.

Sudah tentu dalam mengekslorasi perkara baru, akan banyak dinding yang mereka langgar. Itulah pengalaman mahal.

APA YANG USAHAWAN BOLEH BELAJAR?

Usahawan perlu berani menjadi yang pertama. Jangan hanya ikut trend. Yang mencipta trend akan menjadi pemimpin pasaran.

9. TIDAK BERGANTUNG PADA POPULARITI SEMATA

Ramai artis hanya bergantung kepada populariti. Apabila populariti merosot, mereka hilang arah.

KRU sebaliknya membina syarikat, studio dan perniagaan di belakang tabir.

Sebab itu mereka tak kisah pun jumlah followers merek

APA YANG USAHAWAN BOLEH BELAJAR?

Begitu juga usahawan. Jangan hanya kejar viral. Gunakan waktu naik untuk membina aset dan struktur yang kekal.

KESIMPULAN

Kejayaan KRU bukan kerana mereka hanya hebat menyanyi.

Mereka ialah usahawan seni yang tahu bagaimana mengurus jenama, membina empayar, dan menyentuh emosi pelanggan.

Bagi usahawan, banyak yang boleh dicontohi. Bukan sekadar daripada lagu mereka, tetapi daripada strategi dan legasi mereka.

Jangan sekadar tonton konsert mereka. Belajarlah daripada bagaimana mereka mencipta pentas itu.

Jika panjang umur, nantikan kemunculan konsert “terakhir” (lagi) mereka 7 tahun akan datang sempena ulang tahun ke-40 kelahiran KRU 😄

Saya Afyan Mat Rawi, ini adalah page back up. Mohon follow juga The Afyan IFP

Saya bukanlah peminat KRU, tak pernah datang konsert KRU dan tak pernah memiliki sebarang kaset, CD mahupun merchandise KRU.

Tapi rasa teruja dengan kemunculan Abon di konsert GenKRU. Ytjt

Saya peminat nasyid 😌

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
JANGAN AMBIL ASB FINANCING JIKA MASIH BELUM TAHU KELEBIHAN DAN…