fbpx

Simpanan Bulanan Sebagai Langkah Pertama Bina Aset

  • 6 years ago
  • 4Minutes
  • 594Words
  • 455Views

Semalam pihak polis selesai membuat kiraan aset-aset yang dirampas dari mantan PM.

Itu menunjukkan jumlah aset mudah alih sahaja. Tidak termasuk aset tetap seperti hartanah atau aset kewangan atas kertas seperti wang dalam akaun, pelaburan saham, unit amanah dan sebagainya, jika ada.

Berapa pula aset kita?

Berapa pula aset bersih kita?

Aset dan aset bersih, dalam banyak situasi, ia berbeza.

Aset ialah jumlah segala macam harta yang mempunyai nilai dan boleh dijual.

Manakala aset bersih pula, ialah jumlah aset tadi selepas ditolak dengan liabiliti.

Formulanya ialah:

Aset Bersih = Jumlah Aset (tolak) Jumlah Liabiliti.

Bagi yang baru bekerjaya, step pertama mengumpul aset ialah dengan membuat simpanan bulanan untuk mengumpul dana sebanyak 3 bulan gaji.

Jika gaji permulaan RM2,000 maka perlu ada total simpanan RM6,000 bersamaan 3 bulan gaji, minima.

Boleh bermula dengan 10%, 20%, 30% malah sebenarnya biasa saya jumpa yang mampu simpan lebih sehingga 70%.

Graduan muda yang baru bekerja tidak ada komitmen. Jadi sangat mudah untuk memulakan simpanan.

Dengan syarat, mengekalkan tahap kehidupan dan perbelanjaan sama sebelum bekerja.

Inilah rahsia dan perbezaan orang yang mampu membina aset apabila menginjak dewasa berbanding golongan yang selalu pokai.

Golongan yang selalu pokai, tabiat mereka sedari awal bekerjaya ialah mengumpul hutang dan liabiliti.

Sebaik sahaja dapat gaji pertama, perkara pertama yang difikirkan ialah membeli kereta.

“Aku dah belajar lama-lama, takkan tak boleh nak pakai kereta?”

Ini mentaliti di dalam pemikiran mereka. Daripada pemikiran tersebut, mereka mengambil tindakan untuk membeli kereta. Ia memberi kepuasan peribadi seterusnya menjadi kepercayaan bahawa kereta ada keperluan wajib.

Selepas memiliki kereta, baru mereka perasan kos memiliki kereta bukan sekadar bayaran ansuran dan petrol.

Ia mencakupi kos-kos lain seperti penyelenggaraan, takaful, cukai jalan, tayar, bateri dan sebagainya, yang sebelum itu tidak membuat kiraan tepat.

Hasilnya ia memberi kesan domino. Daripada ansuran kereta yang memakan 30% daripada gaji, naik menjadi 60% termasuk kos-kos yang tak perasan tadi.

Dan ia akan berterusan dari satu liabiliti ke liabiliti lain. Dengan bermula membeli kereta secara hutang, seterusnya apabila “pokai” ketika sampai tempoh bayaran takaful kereta dan cukai jalan, mengambil jalan mudah dengan memohon kad kredit.

Ya, ia jalan singkat bagi seorang graduan muda untuk membayar takaful / insurans kereta jika tiada wang simpanan tapi jangka masa panjang ia membawa ke #nerakawang

Selepas memiliki kad kredit, mereka akan cenderung untuk gunakan bagi belanja lain sehinggalah mereka perasan bahawa hutang makin menimbun dan gaji habis untuk bayar hutang.

Namun mereka masih belum sedar mereka sedang pokai, mengambil jalan mudah untuk selesaikan hutang kad kredit dengan mengambil pula personal loan.

Akhirnya, 70% hanya untuk membayar hutang-piutang dan tidak mampu mengumpul dan membina aset.

Akhir sekali, jalan paling mudah ialah dengan menyalahkan semua pihak – salah pemaju sebab rumah mahal, salah GST, salah peniaga sebab barang mahal, salah kerajaan – salah semua pihak kecuali diri sendiri.

Berbanding situasi graduan muda yang mempunyai kesedaran di peringkat awal untuk membina aset, sebaik sahaja dana simpanan 3 bulan simpanan sudah mencukupi, boleh melangkah ke step seterusnya untuk memulakan pelaburan pertama.

Pelaburan pertama boleh jadi saham amanah, saham, hartanah dan sebagainya.

Ia memerlukan modal berasingan daripada dana simpanan 3 bulan tadi.

Dana simpanan 3 bulan tadi bertujuan untuk dana kecemasan. Wang itu tak diusik untuk tujuan pelaburan.

Wang pelaburan daripada tabungan lain. Supaya mereka tidak melabur dengan emosi.

Wang modal untuk pelaburan adalah daripada lebihan simpanan bukan daripada dana simpanan tadi.

Sudahkah anda membina aset di usia muda?

Atau anda sudah berusia tapi belum ada sebarang aset dan yang ada hanyalah liabiliti?

Semak balik aset anda. Jumlahkan semuanya dan tolak liabiliti yang ada.

Afyan Mat Rawi

(Klik follow dan see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan. Sertai Channel Telegram t.me/TipsRM)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apa nak buat dengan duit raya anak? Duit raya anak-anak,…