fbpx

Apa yang Dimaksudkan Dengan BIG DATA

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 686Words
  • 305Views

Facebook

Tahukah anda | Apabila anda menggunakan FB, segala maklumat nama, nombor telefon, emel, malah sehingga maklumat keluarga seperti adik-beradik, ibu bapa, saudara-mara, sepupu-sepapat juga maklumat zaman belajar, universiti, maktab, kolej, sekolah menengah, sekolah rendah hingga ke tadika – semua tersimpan dalam bank data Facebook.

Google Maps

Tahukah anda | Jika ada install Google Maps, segala lokasi yang anda jejaki selama ini, berapa lama, masuk hotel mana, bermalam di mana, pergi kedai mana, pergi melancong ke mana – semua direkodkan dalam peta Google.

Selfie

Tahukah anda | Apabila anda upload gambar selfie anda, gambar isteri, gambar suami, gambar anak-anak, gambar kawan ke FB, instagram – maklumat wajah anda akan direkodkan berdasarkan umur semasa. Dan yang paling scary, semua gambar itu secara automatik menjadi milik Facebook sekalipun anda delete.

Inilah yang disebut sebagai BIG DATA.

Data-data itu boleh dikumpulkan untuk dianalisa.

Inilah cara yang digunakan oleh INVOKE oleh Sdra Rafizi Ramli ketika beliau membuat unjuran kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 2018, walaupun ketika itu ramai juga yang tidak mempercayainya, termasuk saya.

Ingat lagi applikasi yang boleh wajah anda ketika tua kelak? Itu satu lagi contoh bagaimana kombinasi big data dan artificial intelligent digunakan.

Friend kita, Page yang kita like, akaun yang kita blok, stail komen kita, siapa yang kita maki, artikel yang kita selalu baca, secret admire yang selalu kita ushar, video yang selalu kita tonton, artis kegemaran, makanan kegemaran, filem yang kita sukai – semua ini bukan lagi rahsia. Ia boleh dianalisis untuk membuat jangkaan kecenderungan.

Sebelum kerajaan berbaik hati memberi RM30 kepada pengguna e-Wallet, tabiat berbelanja, kedai dan restoran yang kerap dikunjungi, makanan yang kerap ditempah, barang yang kerap dibeli, produk yang selalu dilanggan – juga tidak menjadi rahsia. Ia juga boleh dianalisis untuk membuat sesuatu jangkaan.

Ia bukan perkara baru.

 

Berhati-hati, tapi jangan paranoid

Betul kita perlu berhati-hati, tapi jangan paranoid.

Kalau nak berhati-hati, kena berhati-hati semua. Tanpa ewallet pun, maklumat nama, nombor IC, alamat, pemilikan kenderaan, hutang bank, bayar cukai ke tak, semua ini mudah sahaja kerajaan hendak dapatkan. JPN, LHDN, JPJ, BNM – semua dalam kawalan kerajaan. Memang tak boleh nak lari.

Cuma BIG DATA yang diibaratkan sebagai EMAS mempunyai nilai tersendiri berbanding maklumat peribadi tadi. Ia boleh mengesan tabiat seseorang.

Jadi, jangan terlalu paranoid dan takut tak tentu pasal tentang ewallet. Saya secara personal, tak tuntut pun lagi RM30 tersebut. Dan kalau Tuan-Puan perasan, selama ini saya sangat-sangat jarang kongsi pun gambar keluarga atas sebab tertentu.

Malah saya sangat jarang berkongsi aktiviti personal di media sosial seperti aktiviti bersama keluarga, gambar ahli keluarga, check in di mana, makan di mana, bercuti di mana, dan sebagainya. Ia sangat saya hadkan dan pesan kepada pasangan.

Jadi dalam hal e-wallet RM30, saya belum bercadang untuk claim. Harga privasi saya tidak setanding dengan RM30 itu.

(Nota: Selepas update posting ini, baru tahu rupanya ada syarat pendapatan. Nampaknya memang saya tak layak dari awal. Hahaha)

Bukan seperti sesetengah orang. Hari-hari upload hal ehwal personal dan keluarga di media sosial, check in kat mana, upload gambar bercuti bersama keluarga, rumah di mana, cerita masalah laki bini di FB, makan kat mana, dsb tiba-tiba risau dedahkan maklumat peribadi untuk tuntut RM30 ewallet. Deyyyyy!!!! Appppa punya turrr!!??

Kepada yang baru tersedar hal ini, masih belum terlambat untuk perbaiki masa hadapan.

Delete sahaja gambar-gambar yang tak sepatutnya didedahkan. Saya sudah lakukannya 5-6 tahun dahulu selepas mengetahui risikonya.

Yang lepas, hanya itu yg boleh kita buat. Ia sudah menjadi milik FB.

Masa depan, kita yang tentukan sekarang.

Teringat perbualan dengan seorang kawan ketika zaman masa mula-mula Facebook mula popular lebih kurang 10 tahun lepas:

Kawan: Afyan, anta tak takut letak nama sebenar dekat Facebook?

Saya: Kenapa?

Kawan: Iye la. Kan FB ni Yahudi punya? Nanti depa nak cari dan bunuh umat Islam senang je. Dia nak cari anta, klik nama anta terus jumpa.

Saya: Habis tu nak buat macamana?

Kawan: Anta buat macam ana. Ana letak nama dan gambar anak ana je. Tentu Yahudi tak jumpa kalau dia nak cari ana nanti.

Saya: Habis kalau nanti Yahudi cari anak anta, macam mana?

Kawan:……. Krik, krik…. Krik, krik. (lalu beburung pun berkicauan)

Afyan Mat Rawi

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

 

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Akhir-akhir ini ramai yang bertanyakan saya sama ada medical cardnya…