fbpx

Berhati-Hati Dalam Membuat Keputusan Pelaburan

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 379Words
  • 382Views

Pernah tak jumpa orang yang berkata dengan maksud lebih kurang begini;

“Daripada kau letak duit dalam ASB yang dapat 5% – 6% setahun, atau letak dekat unit trust yang untung 10% – 20% setahun, lebih baik kau berniaga.

Kalau berniaga karipap atau nasi lemak pun kau boleh dapat untung 100% dalam masa sehari.

Rugi kau bagi duit dekat PNB atau fund manager, depa berniaga untung juta-juta tapi pelabur dapat 5% – 20% setahun. Kalau kau berniaga boleh dapat 100,000% setahun, beb!“

Sangat bahaya cara fikir sebegitu, ia boleh membawa kepada tindakan dan hasil yang salah.

Membaca dan menuntut ilmu dapat membezakan mana yang betul mana yang salah

Perkara asas yang perlu diketahui ialah ada perbezaan antara:

1. Simpanan
2. Pelaburan
3. Perniagaan

Ketiga-tiga ini adalah berbeza sama sekali dari sudut KOS, RISIKO dan USAHA.

Apa implikasi apabila seseorang memahami simpanan, pelaburan dan perniagaan adalah perkara sama?

1. Dia akan menganggap bahawa untung 10%-20% setahun daripada pelaburan adalah kecil.

2. Kerana dia membandingkan dgn perniagaan karipap yg boleh menjana untung 100,000% setahun.

3. Walhal perniagaan, pelaburan dan simpanan adalah berbeza cara seseorang beroleh keuntungan.

4. Untung 10% – 20% daripada pelaburan diperolehi secara pasif manakala untung berniaga karipap sehingga 10,000% diperolehi secara aktif.

5. Maknanya, utk untung 10% – 20% setahun daripada pelaburan seseorang tidak perlu hari-hari bekerja keras.

6. Manakala utk untung 100,000% setahun daripada perniagaan, dia perlu bekerja keras bangun pagi beli bahan mentah dan masak karipap sebelum dijual setiap hari.

7. Jadi berpadanan dan berbaloi utk untung 10%-20% setahun daripada pelaburan yg tidak bekerja keras.

8. Sama berbaloi seseorang yg bekerja keras bangun pagi beli bahan mentah dan masak karipap sebelum dijual setiap hari utk untung 100,000%.

9. Tapi apabila seseorang mengatakan tidak berbaloi pelaburan dgn untung 10%-20% berbanding berniaga karipap, ini yg jadi masalah.

10. Mentaliti inilah yg menyebabkan org mudah terpengaruh menyertai skim-skim mengarut too good to be true apabila diberikan keuntungan 10%-20% SEBULAN!

11. Kerana bagi mereka, untung Tabung Haji dan ASB sekitar 5% ke 6% setahun adalah tidak berbaloi.

12. Selalunya (bukan semua) mentaliti ini datang dari orang makan gaji yang menganggap org yang berniaga mengaut keuntungan besar.

13. Jadi golongan sebegini akan mudah terjerumus dlm skim-skim mengarut too good to be true.

14. Akhirnya, tersontot. Tak percaya? Cuba cari mana skim pelaburan yg boleh bagi jaminan untung 10% – 20 % sebulan yg kekal melebihi 3 tahun? TIADA. YILLEK.

15. Jadi, berhati-hati, kawan!

16. Habis baca? Tolong LIKE dan share boleh?

Mahukan pelaburan alternatif? Klik sini.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Facebook Tahukah anda | Apabila anda menggunakan FB, segala maklumat…