Apabila hibah dipromosikan dengan menakut-nakutkan faraid

Ada rakan nerizen bertanya saya berkenaan isu kartel hibah.

Saya tidak terkejut sangat tentang isu yang melibatkan pegawai syariah dan peguam syarie kerana sistem pengesahan hibah memang bertumpu kepada beberapa titik kuasa sahaja.

Masalahnya sebenar bukan pada instrumen hibah, tetapi ekosistem yang membenarkan satu kelompok kecil mengawal proses, kelulusan dan naratif.

Apabila orang awam ditakutkan dengan faraid tanpa pendidikan yang betul, mereka sanggup bayar apa sahaja asalkan harta kononnya selamat.

Hibah sepatutnya dibincangkan bersama wasiat, harta sepencarian, hutang dan faraid, bukan dipromosi sebagai produk ajaib boleh selesaikan semua masalah pusaka

Lebih bimbang lagi, segelintir pemain industri mempromosikan hibah sambil memburukkan faraid.

Jika isu ini dibiarkan, masyarakat akan hilang kepercayaa kepada keseluruhan sistem perancangan harta Islam, sedikit demi sedikit.

Oh ya, kartel yang terbongkar ini melibatkan hibah hartanah, bukan hibah takaful.

Adakah kemungkinan boleh berlaku dalam hibah takaful? Kemungkinan itu ada, tapi bukan dengan cara yang sama dalam kes kartel hibah hartanah ini

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Add a Comment