Zaman nabi ada takaful ke?
Dipetik dari FB Hamizan Hamzani
“TAKAFUL MANA ADA ZAMAN NABI!”
“Roh” takaful itu sudah ada sejak zaman Nabi, cuma mekanismenya sahaja yang berkembang mengikut peredaran zaman dan undang-undang kewangan moden.
1) Sistem Aqilah
– Jika seseorang daripada sesebuah kabilah terbunuh secara tidak sengaja, ahli keluarga lelaki atau ahli kabilah pembunuh tersebut (dipanggil Aqilah) akan mengumpul wang untuk membayar diyat (pampasan/darah) kepada keluarga mangsa.
Ada anak murid Abam Mijan nama dia Aqilah. Ingat ye, bukan Jamilah.
2) Piagam Madinah
– Setiap kaum atau kabilah bertanggungjawab membayar tebusan bagi membebaskan tawanan perang daripada kalangan mereka. Macam familiar kan? Merupakan tabung kecemasan bersama yang diwajibkan ke atas komuniti untuk melindungi ahli yang berada dalam kesusahan.
Dan contoh terakhir
3. Amalan Golongan Al-Asy’ariyyun
– Nabi SAW pernah memuji kaum Al-Asy’ariyyun (kaum Abu Musa Al-Asy’ari) kerana amalan “takaful” mereka yang sangat praktikal
”Apabila mereka kekurangan makanan dalam peperangan atau makanan keluarga mereka di Madinah berkurangan, mereka mengumpulkan semua yang ada pada mereka dalam satu kain, kemudian mereka membahagikannya sesama mereka dalam satu bekas dengan sama rata.” (HR Bukhari & Muslim)
Baginda SAW bersabda, “Mereka adalah sebahagian daripadaku dan aku sebahagian daripada mereka.” Ini adalah konsep perkongsian risiko dan rezeki yang murni.
Dapat sesuatu? Walaupun muka abam you tidak kenal, tapi lubang hidung Abam tetap menjadi pujaan hati you all.
Hamizan Hamzani
INFAQ Consultancy
