fbpx

Apakah Tawaruq / Murabahah Comodity Dalam Perbankan Islam? Pembiayaan Peribadi (Alternatif Personal Loan Atau Pinjaman Peribadi) Gunakan Kontrak Jenis Ini.

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 388Words
  • 4279Views

Antara ilmu baru yang saya dapat daripada sesi Bicara Wang #BicaraWang malam tadi bersama Dr Ahmad Sufyan (founder muamalat.my) semalam, banyak kontrak-kontrak perbankan Islam yang lama suda ditambah baik.

@afyan.ifp

Reply to @inijoe2 Tidak ada Islamic personal loan, yang ada ialah financing. #financeguru #tiktokguru #financialguru #islamicFinance #morethan60s

♬ Friendships – Pascal Letoublon

Produk yang berteraskan Bai’ Bithamanan Ajil (BBA) sudah kurang diguna pakai. Selama ini saya sangka Bai’ Inah sahaja yang sudah kurang dipakai.

Kebanyakan bank sekarang menggunakan model tawaruq atau comodity murabahah.

 

Contohnya dalam pembiayaan peribadi, berikut adalah modus operandi bagaimana kontrak ini memberi alternatif kepada pinjaman konvensional yang menggunakan kontrak pinjaman.

1. Bank Islam membeli komoditi, contohnya CPO (Crude Palm Oil / minyak sawit) daripada broker secara tunai dan jual kembali kepada pengguna secara tangguh.

2. Dalam urusniaga ini, bank beli RM10,000 daripada Broker A secara tunai dan jual kembali dengan harga RM15,000 kepada pengguna secara tangguh selama 10 tahun RM104.16 sebulan.

3. Selepas pengguna menerima komoditi tersebut dalam bentuk akaun CPO, dia akan menjual kembali kepada Broker B pula secara tunai dengan harga pasaran RM10,000 tadi.

4. Hasilnya: Pengguna menerima wang RM10,000, dan dalam masa sama dia berhutang RM15,000 kepada bank Islam.

Sebab itulah ia dipanggil sebagai pembiayaan atau financing. Tidak ada pinjam meminjam yang berlaku dalam situasi di atas. Yang berlaku ialah jual beli, selaras dengan ayat Allah di dalam Al-Quran: Allah halalkan jual beli dan haramkan riba.

Ia bukan sekadar tukar istilah tapi tukar sekali kontrak. Dan kontrak yang dibuat adalah sah di sisi syariat dan juga sah di sisi undang-undang sivil.

Contoh mudah, fahami proses berikut.

1. Kita beli TV LCD plasma daripada kedai eletrik RM5,000 secara ansuran. Kita ada perjanjian dengan kedai eletrik untuk buat bayaran RM416.67 setaip bulan selama setahun  

2. Selepas TV LCD itu diperolehi, kita jual balik di Shoppe dengan harga RM4,000 secara tunai.  

3. Hasilnya, kita akan dapat wang tunai RM4,000 daripada kedua-dua urusniaga tadi dan dalam masa yang sama kita berhutang RM5,000.   Tidak berlaku riba langsung dalam situasi di atas, yang ada ialah jual beli.

Nampak tak perbezaan antara urusniaga riba dengan urusniaga patuh syariah?

Kartun di atas paling tepat untuk menggambarkan situasi di kalangan pembenci-pembenci perbankan Islam.

Boleh tonton rakaman live di bawah dalam program Bicara Wang: “..Sama je ke PERBANKAN ISLAM dengan KONVENSIONAL..”?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah, selesai sesi live #BicaraWang pada malam ini. Topik KENAPA…