fbpx

Asal Islam mesti nak murah!

  • 10 months ago
  • 1Minute
  • 163Words
  • 238Views

Asal Islam, ia mesti free dan ikhlas. Asal Islam, ia mesti nak murah.

Sepatutnya murah je kalau mengajar Quran ni. Pakai air liur je.

Ustazah yang mengajar tu tak perlu makan minum pun, doa je Allah turunkan makanan dari langit. Allah akan turunkan makanan dari syurga.

Dia pun tak perlu bayar sewa rumah, sebab Allah dah jaga dia. Allah dah janjikan syurga untuk orang yang mengajar Quran. Jadi tak perlu pun bayaran mengajar Quran ni.

Kereta atau motosikal pun tak payah pakai. Niat je dah sampai tempat yang dia nak pergi. Allah dah janjikan kenderaan di syurga nanti….

Patutnya free. Sebab Allah dah bagi pahala. Nak lagi banyak pahala, Ustazah tu yang kena bayar kat mak budak tu lepas mengaji.

Sebab kalau mahal, dah jadi tak ikhlas.

Mahal ni tak islamik. Sama macam perbankan Islam, yang menindas. Semua ni agenda Yahudi. Zionis. Zionis Illuminati. Kristianisasi. Cipan.

Hoi! Sebenarnya ia bukan mahal, tapi kau yang tak mampu.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended