fbpx

Atas Langit Bawah Bumi

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 228Words
  • 344Views

Atas Langit Bawah Bumi

Ada yang biasa panjat bumbung rumah?

Aku sejak kahwin ni la rajin ‘kena’ panjat bumbung rumah. Sambil-sambil tu kita view la keindahan ciptaan Tuhan.

Alhamdulillah semalam seusai solat maghrib di surau, aku bergegas balik untuk satu sesi online sharing. Masyaa Allah, dipertemukan dengan prospek yang bagus & baik.

Kenapa aku kata dia baik?!

Sebab dia dah ada kesedaran tentang usaha melindungi diri & keluarga daripada musibah kewangan. Dia sudah pun mempunyai polisi, tetapi polisi bersama konvensional insurans.

Seperti biasa, mana-mana sesi online sharing, aku akan mulakan dengan Financial Planning.

7 perkara dalam merencana kewangan kita.

Dan pastilah aku akan terangkan tentang apa itu takaful & kelebihannya. Serta bagaimana takaful itu berfungsi.

Di samping itu aku tunjukkan juga kaedah pengiraan untuk keperluan perlindungan atau dipanggil sebagai ‘need base solution’. Dan pengakhiran tentulah aku ‘tasykil’ dia supaya berhijrah ke takaful.

Aku masih ingat pesan Ustaz Farhan baru-baru ini, kita mahu ajak ummat ni taubat beramai-ramai dari perkara yang tidak mematuhi syarak (dalam konteks saya insurans konvensional vs takaful).

Alhamdulillah. Kami tak sempat borak panjang. Azan isya’ dah berkumandang. Kita perlu tahu mana satu perkara yang perlu diutamakan atas perkara yang lain.

Atas langit bawah bumi, semuanya ciptaan Illahi.

Kredit: Alif Ahmed

INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Individu Terkaya Malaysia 2022 oleh Forbes. Ini 16 fakta menarik.…