fbpx

Sekarang Waktu Terbaik Beli Rumah

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 278Words
  • 431Views

Sekarang memang waktu terbaik beli rumah. Buyers’ market, orang kata.

Ada 2 sebab kenapa saya berkata demikian.

1. OPR rendah sangat. 2, 3 kali BNM dah turunkan. Jadi kadar profit / interest bank pun akan jadi rendah yang menjadikan ansuran pun rendah.

2. Disebabkan desakan ekonomi, ramai owner rumah terdesak nak jual rumah mereka untuk dapatkan cash. Makin terdesak mereka nak jual, makin rendah harga yang ditawarkan berbanding market value.

Bagi yang baru nak berjinak-jinak beli rumah untuk pelaburan hartanah, boleh start survey dan timba ilmu.

Pelaburan yang paling menguntungkan ialah pelaburan ilmu, bukan pelaburan hartanah. Sebelum melabur dalam hartanah, WAJIB timba ilmu hartanah.

Ia penting untuk pastikan kita dapat beli unit terbaik dengan harga terbaik dan supaya kita tidak tersontot di pintu rumah nanti.

Ketika ekonomi sedang sedang perlahan, rumah yang kita beli untuk sewakan nanti pun sukar nak cari penyewa kalau lokasi tak strategik. Rumah yang kita beli untuk flippping kununnya, kita yang bleeding dan flippping dulu.

Jadi, kena ada ilmu.

2 ilmu hartanah yang Tuan-Puan perlu belajar untuk melibatkan diri dalam pelaburan hartanah:

1. ILMU PELABURAN HARTANAH.

Startegi pilih dan beli unit terbaik, dengan harga terbaik. Juga strategi pelaburan hartanah terbaik.

Dalam pelaburan hartanah, ada banyak “game”. Ada sewaan, ada sub let, ada flippping, ada buat asrama, ada buat homestay dan sebagainya. Semua ini kena mula dengan ilmu.

2. ILMU URUSNIAGA HARTANAH.

Ilmu ini berbeza daripada ilmu pelaburan hartanah. Ia digunakan selepas dah tau unit mana nak beli untuk investment. Ilmu berkenaan selok belok perundangan dalam urusniaga hartanah.

Hartanah ada macam-macam jenis hartanah. Ada sub sales, ada undercon, ada lelong, ada tanah lot, dsb. Setiap satu mempunyai prosedur perundangan berbeza.

Afyan Mat Rawi
Bukan pelabur hartanah tegar.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kali pertama saya diberikan buku tulisan Robert Kiyosaki ialah pada…