“Tuan, unit trust apa yg paling untung?” “Jadi ejen unit trust. Modal RM200 lebih shj, untung unlimited. Nak?” ….dan cengkerik pun menyanyikan lagi damai memecah keheningan….
Tip membuat simpanan paling simple tapi paling susah utk praktikkan: 1. Simpan, dan 2. Lupa. Yg selalu terjadi ialah; 1. Simpan, kemudian 2. Teringat-ingat apa yg disimpan. Apabila “teringat-ingat” apa yg kita simpan, maka kebarangkalian besar utk kita guna apa yg kita simpan. Tatkala itu ia bukan jadi SIMPAN, tapi hanya PARKING? Setuju
Dalam kewangan, berhati-hati apabila membuat keputusan dengan menggunakan pendekatan “alang-alang”. 1. “Alang-alang beli telefon, baik beli yang 256gb terus. Nanti boeh simpan banyak data” – Hakikatnya, tak sampai dua tahun model telefon sudah ketinggalan dan beli pula telefon baru. + Alternatif, beli dengan storage kecil pun tidak mengapa. 2. “Alang-alang pergi kerja, baik terus beli
Adakah wang boleh membeli dan memberi kebahagiaan? Ada satu kajian menarik yang dijalankan di Amerika, oleh Psychological Science in the Public Interest pada Julai 2004 yang juga kajian Ed Diener dari Universiti Illinois dan Martin E.P Seligman dari Universiti Pennsylvania (1985) Mereka mengkaji kaitan antara kebahagiaan dan kekayaan. Dalam kajian tersebut mereka mengkaji tahap kepuasan
Tulisan ini agak panjang dan saya perlu kongsikan untuk mengelak fitnah-fitnah yang cuba dilemparkan kepada saya. Baru-baru ini ada yang mempertikaikan kelayakan saya untuk bercakap tentang Financial planning, memberi khidmat nasihat tentang kewangan,’ menganjurkan Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW, menulis Ebook Bijak Merancang Wang dan sebagainya. Katanya, saya sama sahaja dengan ejen takaful dan unit
Antara soalan yang selalu ditanya kepada saya ialah; “Apakah pandangan En Afyan berhubung pengeluaran KWSP untuk membeli rumah?”. Pandangan saya ini mungkin bertentangan arus daripada kebanyakan rakan-rakan dalam bidang kewangan dan hartanah. Ini beberapa perkara untuk diambil perhatian sebelum gunakan wang KWSP untuk membeli rumah; 1. Sebaiknya rancang dari muda untuk kumpul duit bagi membeli
1. Sebelum melabur, mulakan dgn simpanan 10% gaji. Simpan ke Tabung Haji sebaiknya kerana ia boleh memberi pulangan lebih baik dari simpanan biasa. 2. Cukupkan simpanan sebanyak bersamaan 3 ke 6 bulan gaji. Ia sebagai dana kecemasan utk masa hadapan. 3. Selepas cukup simpanan tersebut, baru boleh mulakan pelaburan menggunakan duit LEBIHAN simpanan.
Pindahkan portfolio pelaburan kepada dana yang tinggi kadar preservation. “PRESERVATION” Selain daripada faktor pulangan, antara faktor penting dalam pelaburan saham amanah ialah PRESERVATION. Saya pernah kongsikan faktor-fakor penting pemilihan dana di https://afyan.com/past-performance-not-indicate-future-resul… Preservation menunjukkan kemampuan sesuatu dana menghadapi saat-saat genting kegawatan ekonomi. Ada dana yang memberi pulangan tinggi dan konsisten, tapi lemah dalam aspek PRESERVATION.
Dalam satu artikel yang bertajuk “5 Common Reasons Why The Malaysian Middle Class Can’t Achieve Financial Freedom” (5 Sebab Golongan Pertengahan Gagal Mencapai Kebebasan Kewangan” yang disiarkan di website imoney.my memberikan salah satu sebabnya ialah menggunakan instrumen takaful (insurans) sebagai alat untuk simpanan. Ia menyebut; ….“Some people buy insurance for savings, such as for