fbpx

Baca luahan pengguna di Tiktok tentang hutang rumah di sini

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 595Words
  • 733Views

Terlintas video ini di FYP Tiktok.

Katanya: Beli rumah 230k. Dah bayar selama 17 tahun sebanyak 360k. Cek baki hutang 258k. Speechless katanya.

Kemudian di bahagian komen, ramai yang berkongsi pengalaman sama, antaranya

@mastura:rumah saya beli 125000 dah bayar 14year sampai skrg loan Masih 133500

@LuthDanial:jgn la terjebak dgn riba… byr berpuluh tahun masih tggi hutang…

@mama mirza11111:sama lah..beli rumah 2nd 160k.byr dah 15thn hutang ada lg 100k..last2 Jual dpt 455k🥰🥰🥰tolak hutang 100k ada lg 390k..Bli tanah,buat rumah..

@иυяιмяαи:beli rmh 298k, tmpoh 30 thn, dgn byran blik total 998k.. bank yg guna nama islam 🙄

@Farhana Mohd taib:Beli rumah apartment rm150k, lps 10 thn tgk balance 140k.. tapi dapat jual 300k.. untung bersih 140k mcm tu.. untung jugak lah kan..

@Suzana Habbatusauda:saya loan 220k kena byr 800k

Ramai ke yang tak tahu, kalau kita beli secara berhutang dengan bank, harga akan jadi lebih mahal berbanding kalau beli secara tunai?

Dalam posting ini saya taknak highlight isu hukum muamalat, ia sudah banyak kali saya kongsi dalam tulisan lain. Daripada sudut hukum, jika bank konvensional maka ia riba dan haram. Jika perbankan Islam, ia harus. Kita dah bincang banyak kali dalam posting-posting lain

Dalam posting kali ini, kita fokus kepada isu yang dibangkitkan, kenapa kalau beli dengan bank, harga rumah jadi lebih mahal berkali ganda berbanding secara tunai?

Pertama sekali kena ingat bahawa bank ialah institusi perniagaan, bukan badan kebajikan.

Ada kos dan risiko yang bank tanggung sepanjang tempoh 40 tahun pembiayaan tersebut. Kos pejabat, kos pekerja, kos elektrik, kos sistem, kos peguam dan segala macam kos.

Ia sama sahaja dengan mana-mana bisnes.

Contoh mudah, bisnes jual air balang.

Kos secawan air hanyalah sekitar 20 sen, tapi boleh jual sehingga RM1 ke RM2 segelas. Kalau kedai mamak mungkin cecah RM3 segelas.

Ia adalah normal dalam mana-mana bisnes. Kalau taknak beli air, boleh buat sendiri dsn lebih jimat.

Sama macam rumah. Tiada paksaan untuk beli rumah. Ia masih boleh disewa dengan kos yang lebih rendah. Boleh juga kumpul duit dsn beli secara tunai.

Takkan kita nak expect beli rumah yang berharga RM230k, bayar balik selama 30-40 tahun kekal RM130K balik?

Tapi kalau ada mana-mana institusi yang mampu menyediakan perkhidmatan pembiayaan RM230k dan bayar balik RM230k dalam masa 40 tahun, saya nak jadi pelanggan.

Saya pernah utarakan pandangan kepada kelompok yang mengkritik perbankan Islam sebagai zalim.

Saya cadangkan mereka kumpulan dana dari kumpulan mereka utk sediakan perkhidmatan pinjaman tanpa keuntungan untuk beli rumah dan saya ingin menjadi pelanggan pertama.

Tapi sampai sekarang tak ada yang berani sambut.

Saya harap tahun 2023 nanti dah tak ada orang yang beranggapan kalau kalau nak beli rumah harga RM300K dengan bank, akan bayar jumlah yang sama dan bank tak perlu ambil sebarang keuntungan.

Kalau ada yang masih beranggapan macam tu, tanya dia “Boleh tak saya beli rumah yang Encik beli RM300K tu dengan harga yang sama selepas 10-20 tahun?”.

Ilmu berkenaan beli rumah, mengurus hutang, diajar dalam Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW. Ada 7 topik utama

  • 1. Aliran Tunai
  • 2. Hutang dan aset
  • 3. Simpanan
  • 4. Perlindungan
  • 5. Pelaburan
  • 6. Penyucian harta: zakat, cukai
  • 7. Pewarisan: Faraid, wasiat

Klik
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/

Promosi Buku Bijak Merancang Wang dengan harga RM39 sahaja! Harga biasa RM49, tapi sekarang saya buat PROMOSI RM39 sahaja (tak termasuk postage)
*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.
*Dalam pakej ini mengandungi

  • Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
  • Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
  • Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
  • Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
  • Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran
*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Semoga kita dijauhi daripada 3 jenis manusia kaki sembang ini.…