fbpx

Berhati-hati dalam pelaburan koperasi

  • 10 months ago
  • 2Minutes
  • 359Words
  • 378Views

Saya biasa menerima soalan berkaitan pelaburan koperasi, dan ini adalah jawapan standard saya.

“Secara personal, saya tak berapa konfiden dengan pelaburan under koperasi.

Banyak kes pelaburan koperasi yg terciduk daripada yg betul-betul menguntungkan”

Saya bukan nak mengatakan bahawa pelaburan koperasi adalah scam.

Tapi berdasarkan sejarah, banyak kes pelaburan koperasi ini akhirnya terciduk dengan jayanya.

  • Pernah dengar dulu-dulu pelaburan Koperasi Al Hilal (Kohilal) ? Sehingga sekarang pun dikhabarkan pihak koperasi masih struggle untuk memulangkan modal ahli yang melabur.
  • Yang latest, pelaburan Koperasi PPIM (Koppim). Banyak aduan daripada para pelabur yang menunggu-nunggu pulangan yang dijanjikan.
  • Satu lagi yang latest juga, Ko Pembangunan Ummah (Ko-Ummah), ramai juga ahli yang bising menuntut pulangan yang dijanjikan.

Sekali lagi, koperasi-koperasi itu bukan scam.

Tapi sejarah menunjukkan pelaburan koperasi yang dibuka kepada publik sebegitu, banyak yang tidak berjaya.

Kalau ada mana-mana koperasi yang berjaya memberi pulangan secara konsisten dan terbuka kepada umum, boleh kongsikan di komen.

1. Terbuka kepada umum

2. Memberikan pulangan yg konsisten

Koperasi yang mampu memberi pulangan konsisten ialah yang keahliannya terhad dan pelaburannya juga terhad.

Contohnya

  • Koperasi Permodalan Felda (KPF) , hanya untuk anak-anak Felda sahaja. Pulangan nya konsisten dan sangat memberangsangkan setiap tahun, jauh lebih tinggi daripada ASB, Tabung Haji, KWSP.
  • Bank Rakyat. Ya, bank ini ditubuhkan di bawah Ordinan Koperasi, dan adalah bank koperasi Islam terbesar di Malaysia. Pulangan setiap tahun melebihi 10% tapi peluang untuk melabur sangat kecil, sebab kuota dah penuh.

Jadi kesimpulannya, pelaburan koperasi yang mampu berikan keuntungan konsisten ialah koperasi yang mengehadkan jumlah keahlian dan pelaburan.

Nak tubuhkan koperasi, tak ada masalah. Banyak koperasi yang boekh sustain dengan kegiatan dan operasi bisnes mereka, tanpa menawarkan pulangan yang muluk-muluk kepada ahli.

Jika ia mula menawarkan pulangan yang terbuka kepada umum, kebarangkalian untuk terciduk dan bermasalah itu agak besar.

Nak menguruskan pelaburan dalam skala yang besar bukan satu perkara yang mudah. Syarikat pelaburan yang menawarkan unit trust dan private mandate pun belum tentu mampu memberi pulangan konsisten setiap tahun. Apatah lagi sebuah koperasi.

Sebab itu koperasi seperti KPF & Bank Rakyat ada limitasi dalam menawarkan pelaburan mereka.

Nasihat saya, tengok dulu laporan audit kewangan koperasi yang ingin dilaburkan.

Jika ia baru dan tiada track record, berhati-hati.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended